Thursday, August 27, 2015

Anda takutkan kolesterol? Tanya diri anda kenapa?

Salam sahabat-sahabat yang dikasihi,


Maaf lama tak tulis blog, agak sibuk kebelakangan ini...

Kenapa anda takut apabila tahu makanan yang anda makan mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi?



Ketakutan adalah sesuatu yang amat abstrak, tetapi kesimpulan yang boleh menjelaskan perasaan takut adalah "sesuatu yang anda tidak tahu yang anda khuatir akan membahayakan diri anda".









Sebagai contoh anda takut mengambil makanan yang dikatakan mengandungi kandungan kolesterol yang tinggi seperti telur ayam, makanan berlemak dan santan kelapa kerana anda takut akan menyebab penyakit jantung.

Adakah kerisauan anda tersebut berasaskan fakta sebenar ataupun hanya berdasarkan desas desus masyarakat sekeliling anda tanpa merujuk fakta sebenar?

Hakikatnya adalah makanan yang tinggi kolesterol seperti telur, santan, makanan berlemak dan sebagainya bukanlah penyebab saluran darah anda tersumbat dengan plak kolesterok atau arteriosklerosis.

Badan anda menghasilkan jumlah kolesterol untuk kegunaan badan, makanan sebahagian kecil sahaja kolesterol yang diambil daripada makanan yang diserap dan digunakan oleh badan, ini kerana kolesterol merupakan bahan penting dalam badan untuk pelbagai fungsi normal badan. Semakin kita meningkat usia tua, badam memerlukan lebih banyak kolesterol untuk proses pembaikan sel-sel badan.

Punca sebenar kenapa kolesterol boleh menjadi bahaya adalah kerana proses oksidasi molekul pembawa kolesterol yang disebabkan oleh radikal bebas yang berada di dalam badan anda.



Dari mana radikal bebas ini datang? Radikal bebas boleh memasuki badan anda melalui lemak trans, pengambilan lemak omega6 yang tinggi daripada sumber minyak sayur-sayuran, biji-bijian seperti soya, jagung, biji matahari dan sebagainya. Lemak trans pula daripada tindak balas penambahan atom hidrgogen ke dalam minyak sayuran menjadi lemak separa tepu contohnya seperti majerin. Sumber luaran radikal bebas adalah pencemaran udara, bahan-bahan kimia seperti racun serangga, racun rumpai, bahan pencuci kimia dan sebagainya

Manakala kekurangan antioksida daripada pemakanan harian juga boleh menyebabkan badan anda tidak mampu mengawal kelebihan radikal bebas dalam badan anda.

Diet yang tinggi karbohidrat dan gula juga menjadi faktor utama pembentukan plak arteriosklerosis kerana diet tersebut menyebabkan peningkatan aras lemak darah sekaligus menyebabkan ketidakseimbangan purata HDL dan LDL dalam badan anda. DIet tinggi karbohidrat menyebabkan aras Ldl apo B meningkat yang lebih cenderung teroksida dengan radikal bebas berbanding LDL Apo A.



Pendek kata kolesterol makanan yang berkhasiat seperti daripada sumber ayam daging, telur, lemak, minyak tepu dan sebagainya tidak menyebabkan peningkatan aras kolesterol darah selagi anda mengawal pengambilan karbohidrat dan gula serta mengelakkan minyak separa tepu yang terhidrogenasi seperti linyak omega 6, majerin dan sebagainya. Lemak trans banyak terdapat di dalam makanan segera, biskut dan kek segera yang dijual di rak-rak di pasar raya2.

bersambung dalam next entry..

Dr.izzi



No comments:

Post a Comment