Monday, July 6, 2015

Kenapa perlunya minum air kosong yang mencukupi?

Salam sahabat-sahabat yang dihormati. 


Kita bertemu kembali.

Adakah anda telah faham penerangan yang saya kongsikan tentang teori dan konsep asas diet rendah karbohidrat a.k.a diet Atkins?

Sekiranya anda tidak faham anda boleh terus mengajukan soalan di ruangan komen ataupun FB saya izzizul atau email ke izzizul@gmail.com / izzi_03@yahoo.com.




Air kunci kepada metabolisma.

Apa yang sering kali berlaku kepada anda yang menjalani program diet adalah apabila sampai satu tahap, kadar metabolisma anda menjadi perlahan dan berat badan badan menurun secara perlahan. Terdapat pelbagai sebab yang boleh menyebabkan penurunan berat badan anda menjadi perlahan. Antaranya adalah :

1. Badan kekurangan air.
2. Badan anda memasuki keadaan "kebuluran". Biasanya disebabkan pengambilan makana yang terlalu sedikit.
3. Anda kurang melakukan aktiviti fuzikal seperti senaman dan aktiviti kecergasan.
4. Pengambilan karbohidrat anda terlebih daripada "Aras Kritikal Penurunan Berat" anda.
5. Anda mengalami masalah gangguan hormon seperti dalam keadaan haid atau penyakit yang melibatkan gangguan hormon seperti hypotiroid.
6. Anda mengambil ubat-ubatan yang menyebabkan kadar metabolisma badan anda statik atau perlahan seperti rawatan penggantian hormon untuk merancang kehamilan.
7. Anda kerap kali mencuri-curi makan makanan berkarbohidrat tinggi dan manis seperti aiskrim, bubur manis, nasi , roti , biskut, dan sebagainya.
8. Anda mengalami gangguan emosi dan stres.
9. Anda kurang tidur mengikut kada tidur yang normal bagi seseorang individu.
10. Anda telahpun mencapai berat ideal biasanya pada fasa 3-4 diet atkins.
11. Anda mengalami alahan terhadap makanan yang menyebabkan tindak balas alergik dalaman badan anda yang secara tidak langsung menyebabkan metablisma badan anda perlahan atau terhenti.
12. Anda mengalami masalah serangan yis atau candida albicans dalaman badan.

(penerangan lanjut insyaAllah anda boleh dapatkan di dalam buku karangan saya yang bertajuk "Kuruskan Badan Cara Pro.!!" yang akan dipasarkan tidak lama lagi insyaAllah .

Kenapa air penting untuk penurunan berat badan anda?

Air mempunyai pelbagai kesan dan kepetingan terhadap badan anda.
1. Menjadi medium tindak balas metabolisma sel-sel. Sekiranya badan anda kekurangan air secara tidak langsung kadar metabolisma badan anda akan berkurangan, seperti contoh keadaan anda berada dalam keadaan kekurangan air yang berpanjangan sewaktu berpuasa di bulan ramadhan.
2. Air membantu sel-sel menyerap pelbagai nutrisi penting untuk kegunaan badan anda.
3. Air bertindak sebagai penampan atau "buffer" untuk pelbagai tindak-balas kimia badan anda.
4. Air menguatkan struktur sel-sel badan untuk fungsi optimal sel, sel-sel badan yang dehidrasi atau kekurangan air tidak dapat berfungsi secara optimal.
5. Dan banyak lagi..

Berapa liter air yang perlu anda minum?


Anda perlu minum air kosong sebanyak 1 liter untuk setiap 25 kg berat badan anda. 

Contohnya sekiranya berat badan anda adalah 60 kg maka jumlah air yang anda perlukan adalah 60kg/25 = 2.4 liter.

2.4 liter ini perlu anda habiskan sepanjang hari, bukan diambil sekaligus. Anda minum dari pagi sehingga sebelum anda tidur malam. Pastikan anda minum secara optimum, bukan terlalu kurang dan bukan terlalu lebih. Ini adalah kerana sekiranya anda mengambil jumlah air yang terlalu banyak ini akan menyebabkan tekanan yang tidak sepatutnya kepada buah pinggang anda. Terdapat beberapa kes keracunan air di mana seseorang individu meminum air dengan jumlah yan banyak pada masa yang singkat yang menyebabkan sel-sel pecah kerana terlebih air dan menyebabkan kematian serta-merta. Bersederhana adalah yang terbaik.



Apabila berat badan anda menurun maka anda juga seharusnya mengurangkan kadar pengambilan air kosong anda seiring dengan penurunan berat badan anda.

Tabarakallah.

Dr.Izzi.

No comments:

Post a Comment