Thursday, July 9, 2015

Tip-tip dan pantang-larang untuk berjaya di fasa 1.

Salam sahabat-sahabat sekalian.


Anda sudah mengamalkan corak pemakanan berdasarkan diet Atkins fasa 1?

Berikut adalah pantang-larang untuk anda berjaya di fasa 1.
Sekiranya anda cuba menjaga had-had tersebut insyaAllah usaha anda akan cepat berhasil untuk membuang 9-10kg hanya dalam masa 14 hari sahaja.
Tidak perlu berlapar, tidak perlu ubat pembakar lemak atau pil-pil kurus dan lain-lain.


Tip-tip dan pantang-larang.

1. Pastikan jumlah kuantiti makanan yang anda makan mencukupi dan tidak terlalu sedikit.
2. Berhentilah makan apabila anda telah berapa cukup kenyang dan tidak keterlaluan.
3. Banyakkan sayur-sayuran hijau yang dikelaskan oleh Dr.Atkins sebagai sayur-sayuran asas. Sayur-sayuran asas ini adalah terdiri daripada jenis sayur-sayuran yang rendah karbohidrat dan tinggi serat. Antaranya seperti timun, sawi, salad, kobis, bunga kobis, kankung, asparagus, leek, daun ucuk manis, daun pucuk ubi, ulam raja, paku-pakis, kailan, seleri dan sebagainya.
4. Pastikan 14-15 gram karbohidrat harian anda, adalah daripada daripada sayur-sayuran asas dan selebihnya boleh diambil daripada sumber lain seperti telur, keju, dan lauk-pauk lain.
5. Pastikan pengambilan air harian mencukupi mengikut berat badan anda. Apabila berat semakin mengurang maka pengambilan air pun perlu dikurangkan mengikut berat semasa.
6. Tambah sedikit garam mineral di dalam setiap hidangan untuk menggantikan garam mineral yang hilang akibat kesan diuretik diet rendah karbohidrat.
7. Beberapa kg berat yang turun secara pantas di peringkat awal diet adalah takungan air yang berlebihan dari dalam badan anda.
8. Pastikan anda menyimpan foto anda sebelum diet untuk dijadikan perbandingan setelah 14 hari berdiet.
9. Ambil bacaan ukur lilit pinggang, paha, lengan, punggung dan dada sebelum anda mula diet untuk mengenalpasti penurunan saiz ukuran anda kemudian.
10. Simpan bacaan timbangan berat terakhir anda sebelum diet, dan sebaik-baiknya hanya timbang seminggu sekali atau selang beberapa hari sekali untuk mengukur perbezaan berat anda. Ini adalah kerana dalam sehari purata perubahan berat badan boleh naik dan turun sebanyak 500g-1.2kg bergantung kepada kadar pengambilan makanan, minuman dan aktiviti harian anda.
11. Jadikan makanan berlemak dan sumber lemak sebagai makanan utama, sumber makanan berprotein yang segar dan berkhasiat dan sumber sayuran-sayuran hijau.
12. Elakkan makanan dan minuman yang mengandungi karbohidrat ringkas seperti gula dan pemanis berasaskan gula kerana boleh menghentikan proses pembakaran lemak anda.
13. Elakkan makanan yang berkarbohidrat tinggi selama di fasa 1, termasuklah bahan-bahan yang tinggi kanji.
14. Sebaiknya cuba kurangkan pengambilan lauk-pauk daripada makanan terproses kerana kebiasaanya ditambah tepung, bahan-bahan kimia tambahan lain dan kurang bernutrisi berbanding sumber makanan segar dan asli. Contoh makanan terproses adalah seperti sosej, bebola makanan, daging atau inti burger, oblong, nudget, hotdog dan sebagainya.


15. Jauhi minuman berkarbonat ataupun minuman tin kerana kandungan gula yang tinggi. Minuman tin yang "sugar free" biasanya menggunakan pemanis kimia tiruan seperti aspartame yang boleh menggangu penurunan berat anda dan mempunyai kesan sampingan terhadap kesihatan.
16. Cari rakan-rakan atau kumpulan sokongan yang boleh memberikan sokongan kepada anda semasa berusaha untuk menurunkan berat badan anda.
17. Sentiasa baca label pada makanan yang dibeli di kedai-kedai untuk mengetahui nilai karbohidrat dan kandungan gula makanan tersebut. Belajar untuk memahami cara mengira kandungan karbohidrat makanan.
18. Makanan tin, botol ataupun kotak yang dilabelkan sebagai bebas atau kurang lemak kebiasaanya mempunyai gula tambahan yang tinggi.
19. Diet Atkins adalah diet rendah karbohidrat, menghadkan pengambilan karbohidrat tetapi tidak membuang karbohidrat secara total, tidak sama dengan diet rendah lemak, diet kalori dan diet rendah kolesterol.


20. Sentiasa merujuk kepada carta "carbohydrate counter", atau carta penggiraan karbohidrat untuk menilai kuantiti karbohidrat makanan yang anda ambil.
21. Gunakan minyak tepu untuk menggoreng makanan seperti minyak sawit, elakkan menggunakan minyak yang diperbuat daripada kekacang, sayuran dan biji-bijian kerana mengandungi kandungan omega-6 dan radikal bebas yang tinggi serta lemak trans .
22. Cara penyediaan makanan adalah bebas di dalam diet atkins, tidak kisah sama ada goreng, panggang, bakar, rebus, stim, pekasam, salai, jemur kering, asap, dan sebagainya. Cuba elakkan menggunakan mikrowave kerana penggunaan mikrowave merosakkan nutrisi makanan di peringkat molekul.
23. Sentiasa mendapatkan nasihat dan pandangan sekiranya anda tidak pasti tentang sesuatu dalam diet atkins.
24. Pastikan anda mempunyai buku rujukan atau nota rujukan diet atkins.
25. Wujudkan diari diet anda untuk fasa 1-2.
26. Tampal matlamat dan target anda di dinding untuk anda lihat setiap hari untuk merangsang minda separa sedar anda bertindak ke arah target anda.
27. Pastikan "chewing gum" yang anda ambil mempunyai nilai karbohidrat yang rendah dan "sugar free", kerana purata 1 biji mentos mempunyaim1 gram karbohidrat.
28. Elakkan makanan yang mengandungi MSG (aji..) kerana boleh merencat penurunan berat badan anda, kebanyakkan produk makanan yang terproses seperti biskut dan roti segera dalam paket serta makanan ringan lain mengandungi MSG yang tinggi. Contohnya seperti apollo, super ring, mister potato dan sebagainya.

Semoga berjaya....sila rujuk penerangan diet atkins fasa 1 semula untuk lebih faham.

Wallahua'lam.

Tabarakallah

Dr.Izzi

No comments:

Post a Comment