Salam sejahtera sahabat-sahabat yang dihormati.
Tajuk ini merupakan tajuk yang paling penting bagi anda sekiranya anda serius untuk mendapatkan berat badan ideal anda.
Sekiranya anda tidak memahami fasa 1 dan konsep disebaliknya maka anda akan mempunyai masalah untuk meneruskan perjuangan diet anda ke fasa 2 dan seterusnya.
Konsep asas diet rendah Karbohidrat a.k.a Diet Atkins
Saya explain teori asas ataupun konsep diet Atkins.
Diet atkins adalah diet sihat yang menekankan pemakanan seimbang dan sumber makanan yang segar serta bernutrisi. Tidak ada istilah berlapar dalam diet ini kerana anda dikehendaki makan sekurang-kurangnya 4-5 kali sehari.
1. Sarapan pagi
2. Minum pagi
3. Makan tengahari
4. Minum petang.
5. Makan malam
6. Makan larut malam tidak dibenarkan.
Badan anda menggunakan 2 sumber tenaga
1. Glukosa (sumber dari gula dan Karbohidrat),
2. Ketone (daripada pembakaran lemak badan).
Dalam pemakanan harian anda, anda selalunya mengambil byk Karbohidrat dan gula.....daripada nasi,roti,biskut,minuman manis, 3in1, oat ,buah-buahan dan sebagainya. Sumber makanan ini mengandungi kandungan gula dan Karbo. yang tinggi.
Badan anda hanya menggunakan sebahagian sahaja glukosa yang anda ambil sepanjang hari sekadar mencukupi untuk aktiviti harian tubuh badan.
Aktiviti seperti makan,minum,tidur,bejalan,mandi,besenam,berak dan sebagainya kesemuanya menggunakan tenaga, malah bakteria yang berada di dalam usus anda juga memerlukan tenaga untuk berkembang biak dan kebanyakannya datang daripada glukosa yang anda makan. Glukosa yang lebih akan ditukarkan oleh insulin badan sebagai lemak badan dengan tujuan dan harapan supaya akan digunakan apabila diperlukan nanti.
Tetapi malangnya tabiat pemakanan kita rakyat Malaysia selalunya tinggi Karbo dan gula...maka lemak badan tidak pernan berpeluang untuk digunakan sebab badan akan sentiasa mendapat bekalan karbo/gula.
Glukosa merupakan sumber bahan bakar untuk tenaga pilihan no.1 otak manusia. Badan akan cuba sedaya mampun untuk menggunakan glukosa untuk tenaga otak walaupun dalam keadaan kekurangan pengambilan karbohidrat. Tetapi selepas 72 jam berlalu dan sekiranya pengambilan karbohidrat masih rendah badan terpaksa menggunakan sumber tenaga alternatif iaitu jasa keton yang dihasilkan daripada pembakaran lemak. Otak merupakan organ yang paling lambat untuk bertukar kepada jasad keton sebagai sumber tenaga.
Pada kebasaannya apabila aras glukosa darah menurun otak akan menghantar signal supaya makan. Pada waktu ini anda akan berasa lapar dan keinginan untuk makan terutamanya makanan yang manis dan tinggi karbohidrat untuk mendapatkan bekalan gula egera(craving/hunger)
....maka anda akan makan (Karbo dan gula) untuk memenuhi permintaan signal otak (satisfy)....
selalunya bila aras glukosa tinggi lepas makan, insulin akan dirembeskan secara berlebihan , terutamanya sekirany aterdapat pengambilan gula ringkas atau karbohidrat ringkas tanpa serat makana yang tinggi. Insulin ini bertindak untuk menstabilkan aras gula darah dengan menukarkan glukosa yang berlebihan tersebut kepada lemak. Secara tidak langsung kandungan lemak badan akan bertambah.....
Biasanya apabila penat kerana senaman atau exercise anda akan teringin untuk minum/makan lebih sumber karbohidrat ringkas seperti minuman tenaga atau "power bar" ataupun selepas bermain badminton anda akan pekena sirap bandung dan roti telur mamak dua keping. Ini akan menyebabkan lemak badan tidak berpeluang untuk digunakan maka proses lipolisis ataupun pemecahan lemak tidak akan berlaku. Kesan insulin yang tinggi dalam darah juga akan menghentikan sementara proses pembakaran lemak dan akan meningkatkan pebnghasilan lemak baru daripada lebihan glukosa yang anda ambil.
Diet atkins.
Ringkasnya Diet atkins ada 4 fasa 1-4
Fasa 1 (induction phase/kick-start)....mesti mengawal pengambilan carbo makanan 20g-21g Karbo sahaja sehari selama 2minggu... Akan diterangkan lebih lanjut kemudian INsyaAllah.
Fasa 2 (balancing phase)....boleh tambah jumlah carbo makanan 5g seminggu daripada fasa 1 sehingga anda menemui "Aras Kritikal Penurunan Berat" anda. Purata bacaan "Aras Kritikal Penurunan Berat" adalah 45 gram karbo sehari - . Akan diterangkan lebih lanjut kemudian INsyaAllah.
Fasa 3 (pre-maintainance phase)....boleh tambah lagi 10g daripada "Aras Kritikal Penurunan Berat" fasa 2 - bermaksud anda menambahkan setiap 10 gram seminggu sehingga anda mencapai bacaan "Aras Kritikal Pengekalan Berat" biasanya sehingga 75 gram atau lebih bergantung kepada tahap metabolisma dan kecergasan individu - Akan diterangkan lebih lanjut kemudian INsyaAllah.
Fasa 4 (maintanance phase)......mengekalkan tahap toleransi karbo anda dalam masa yang sama cuba untuk mempelbagaikan jenis-jenis makanan atau pilihan makanan anda (yang rendah karbohidrat dan tidak mengandungi kandungan gula ringkas yang tinggi), selagi berat tidak meningkat.
Kenapa mesti +-20g carbo di fasa 1?
Asasnya adalah tubuh badan anda akan sentiasa menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga pertama...apabila glucose sudah habis digunakan maka automatik lemak badan akan digunakan sebagai sumber tenaga....
Beberapa kajian sains menemui jumlah kanduagan carbo 20g sahaja sehari adalah yang kadar karbohidrat minimum yang paling ideal untuk menggalakkan badan menggunakan glukosa dengan cepat dan habis dan dapat memulakan pembakaran lemak sebagai tenaga seterusnya...... ingat bahawa badan sentiasa memerlukan tenaga untuk berfungsi...
Apabila lemak dipecahkan (lipolysis /ketosis) maka jasad ketone akan dihasilkan..... Karbohidrate /gula menghasilkan glukosa...
Ketone adalah sumber tenaga yang ideal untuk otak dan otot....lebih effisien berbanding glukosa...apabila ketone digunakan dengan automatik badan akan lebih bertenaga, fokus, kurang craving untuk manis-manis dan cepat kenyang apabila makan.
Diet Atkins mempunyai kesan yang begitu berkesan untuk menurunkan berat badan lebihan anda, menstabilkan aras gula darah, menstabilkan fungsi insulin dan kolesterol badan (good/bad ratio), meningkatkan aras HDL badan, menurunkan aras Trigliserida dan banyak lagi.
Apabila badan sudah bermula dengan "kick-start" lipolisis(pemecahan lemak), maka lemak yang selama ini menunggu untuk digunakan akhirnya digunakan (alhamdulillah syukur)......secara automatik berat lemak badan akan mengurang dan bahagian-bahagian lemak terkumpul dalam bdn akan menyusut.... ..pendek kata anda akan menjadi slim
Apa yang perlu anda buat di fasa 1 ???
Pertama kena makan makanan seimbang:
1. Mesti ada protein - sumber dari haiwan (ikan/ayam/daging - 0g carbo) / telur - sebiji telur ayam 0.6g carbo...
2. Mesti ada lemak - lemak haiwan eg.kulit ayam/daging/ minyak sawit /olive oil lagi bagus/ majerin/butter/keju (byk choice) /bukan nasi lemak please....
3. Fiber/vitamin dan mineral - mesti makan banyak sayur-sayuran hijau.....kalau bukan hijau macam capsicum kuning/merah biasanya tinggi carbo...carot dan potato tak dibenarkan di fasa 1 kerana berkanji (high karbo)...salad/sawi/kailan/asparagus/kobis/koboi/bunga kobis/brokoli/ taugeh/ zukini/timun dan byk lagi digalakkan.
Basically....makan macam biasa 4-5 kali sehari cuma hadkan pengambilan Karbo/gula......apa yang perlu dihadkan
1. Segala jenis tepung-tepung dan bahan-bahan yang daripada tepung gandum putih eg.kuih cincin ,kuih muih,goreng pisang ,cekodok, roti ,roti canai, roti prata,tose,roti sardin, roti telur, nasi, nasi bariani, nasi beras herbaponi tajmahal, nasi himpit, biskut, keropok2 sebab ada tepung/ pasti/makaroni/ bihun/soto/kuih teow/ mee tuaran/ mee kampung pek/ nasi dagang/ cendol/pulut / nasi lalap/ nasi ayam penyet (ayam sahaja dgn sayur boleh)...ubi2 semua jenis ubi termasuk ubi badak/ubi keling/ubi kayu dan segala bentuk Karbohidrat....
2. Elakkan makanan yang bergula eg.teh tarik ping dgn susu pekat manis (kalau 0 ok)....soft drink, madu, sirap manis, buah-buahan tidak dibenarkan dalam fasa 1. Fasa 2 ke atas boleh dah. Apa-apa yg ditambah gula elakkan ...contohnya bubur ke apa ke yg ada gula ...especially sweet coklat...serbuk coco asli boleh....gunakan pemanis semulajadi seperti stevia.
3.Elakkan makan rapu dan makanan yg terproses yg tinggi gula dan carbo - caranya kena baca "nutritional info" di tin/paket/label makanan tersebut ....penerangan lanjut ada saya bincangkan di dalam buku yang akan saya terbitkan bertajuk "Kuruskan Badan Cara Pro.!!".....
Jadi kalau semua tak boleh lapar la nanti ??? Mana sumber tenaga ??
Jangan risau anda tidak akan berlapar sebab anda mesti mkn 4-5 kali sehari dengan makanan yg berkhasiat dan menyehatkan cuma kurang Karbo dan tiada gula....gula adalah racun metabolisma badan yang bertindak seperti dadah yang akan menyebabkan ketagihan.....
Dari mana carbo untuk cukupkan 20g carbo sehari selama 2 minggu untuk fasa 1.
Jawapannya adalah daripada sayur-sayuran hijau (dikenali sebagai sayur-sayuran asas) dan sedikit daripada protein dan lemak yang anda makan. Contohnya kobis 100g mengandungi 6g karbo,telur ayam sebiji 0.6g. Ayam dan daging 0 gram karbo. Anda dinasihatkan mengambil 14-15gram karbohidrat daripada sayur-sayuran asas.
Karbo...keju chessdale sekeping 1.1g carbo.....
Perubahan akan berlaku dalam masa 2 minggu....yakin dan faham teknik dan cara...pasti akan berjaya......all the best to all....tak paham tanya ye...... untuk mendapatkan penerangan yang lebih terperinci dan asas yang lebih kukuh anda boleh menempah buku yang akan saya terbitkan bertajuk
"Kuruskan Badan Cara Pro.!!" . InsyaAllah saya akan maklumkan apabila berada di pasaran.
Tabarakallah
Dr.Izzi.