Salam sejahtera sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian.
Sepanjang bulan Ramadhan kita agak kurang meminum air kosong kerana banyak sebab. Antara sebab-sebabnya adalah
1. Tidak biasa mengamalkan meminum air kosong secukupnya walaupun sebelum bulan puasa lagi.
2. Air kosong menyebabkan perut rasa kembung.
3. Air kosong tak sedap, tawar takda rasa.
4. Sebelah malam, perut dah terlalu kenyang dengan makanan lain selepas berbuka puasa.
5. Tidak ingat untuk minum air kosong kerana banyak lagi air manis (bergula) yang dibeli tadi belum habis.
6. Tidak tahu kepentingan meminum air kosong untuk kesihatan badan.
7 Tidak ada orang memberitahu anda pentingnya minum air kosong.
8. Minum sedikit sahaja dah rasa cukup, macam mana nak minum banyak dan nak kena minum sebanyak mana sebenarnya?
9. dan pelbagai lagi...
Di sini saya ingin berkongsikan kepentingan meminum air kosong berbanding air manis (bergula) tidak kira apa jenis minuman sekalipun :
1. Air adalah kandungan utama sel-sel dalam badan anda. Lebih kurang 60 peratus daripada badan anda terdiri daripada air. 80 peratus kandungan utama sitoplasma dalam sel adalah air.
2. Air merupakan bahan utama di dalam sendi-sendi anda (jenis sendi sinovial).
3. Air merupakan bahan utama untuk pertukaran gas-gas di dalam paru-paru anda.
4. Sel-sel otak anda memerlukan air untuk berfungsi secara optimum.
5. Badan anda memerlukan air yang cukup untuk perjalanan darah yang sekata dan lancar.
6. Buah pinggang akan cepat rosak sekiranya kurang pengambilan air.
7. Metabolisma badan anda bergantung kepada kandungan air yang anda ambil seharian. Kurang air maka metabolisma badan menurun.
8. Lapisan mukosa di dalam badan anda terdiri daripada air, sekiranya kurang air maka lapisan mukosa terdedah kepada jangkitan kuman atau yis.
9. Lapisan utama perut anda terdiri daripada air, kekurangan air menyebabkan senangnya berlaku gastrik kerana tindak balas asid perut.
Bagaimana untuk memaksimumkan pengambilan air untuk kesihatan anda :
1. Minum air mengikut berat badan anda secukupnya. Setiap 25kg berat badan anda sepatutnya anda minum 1 liter air. Maksudnya sekiranya berat anda 60kg anda seharusnya meminum 60kg/25 = 2.4 Liter air sehari. Minum sedikit demi sedikit dari waktu mula berbuka sehinggalah sebelum sahur, cuba habiskan sebanyak yang anda mampu. Jangan minum sekaligus dengan banyak kerana akan menyebabkan tekanan kepada buah pinggang dan sel-sel anda.
2. Amalkan menjilat sedikit garam mineral sebelum meminum air (amalan RasulAlah SAW). Ambil secalit garam dengan hujung jari dan jilat dengan lidah. Selepas itu baru anda minum air. Dengan cara ini sel-sel anda akan dapat menyerap air yang anda minum ke dalam dengan lebih efektif dengan bantuan mineral garam. Elakkan menggunakan garam dapur biasa kerana garam dapur biasa mempunyai 99 peratus Sodium Klorida yang boleh menyebabkan keracunan badan dalam jangka masa panjang. Seboleh-bolehnya belilah garam mineral yang lebih berkhasiat seperti Garam Mineral Himalaya, Pan Salt, Garam Celtic dan banyak lagi jenis-jenis garam.
Air laut mempunyai pelbagai jenis garam mineral yang bagus untuk kesihatan, walaubagaimanapun, semasa proses penghasilan garam dapur, kebanyakan mineral-mineral lain telah hilang ataupun rosak dan yang tinggal menjadi hablur garam hanyalah Sodium Klorida 99 peratus. Lebihan Sodium Klorida dalam badan juga menjadi punca tekanan darah tinggi.
3. Minum air yang diletakkan sedikit perisa atau pemanis semulajadi. Sekiranya tekak anda tidak dapat menerima rasa air kosong, maka cubalah tambahkan sedikit perisa yang tiada gula ke dalam air berkenaan. Gunakan daun pandan, sirap yang tiada gula, teh, teh jasmin, oren atau apa sahaja perisa yang tiada gula tetapi jangan berlebih-lebihan. Gunakan gula stevia sebagai pemanis kerana gula stevia adalah 300 kali ganda lebih manis daripada gula pasir dan tidak akan menyebabkan kencing manis.
4. Beli botol air yang bersaiz 2-3 Liter. Sekiranya anda sukar untuk mendapatkan botol air yang besar, gunakan botol mineral yang bersaiz 1.5 liter banyak-banyak di rumah. Bergantung kepada keperluan air badan anda.
5. Ingat bahawa nabi SAW lebih suka minum air kosong. Zaman nabi tiada gula pasir dan tidak ada penyakit kencing manis dilaporkan pada masa itu. Ini adalah kerana gula pasir adalah punca utama kencing manis.
6. Biasakan diri anda kerana dengan proses membiasakan diri lama-kelamaan ianya akan menjadi tabiat anda, dan tabiat meminum air kosong adalah tabiat yang baik untuk kesihatan anda.
Keburukan minuman manis bergula : Awas
Apabila anda minum minuman manis bergula, aras gula darah anda akan meningkat secara mendadak dan secara terpaksa menyebabkan Insulin bekerja keras luar dari kebiasaan untuk menghasilkan Insulin. Sekiranya proses ini berlarutan setiap masa selama bertahun-tahun mungkin 10-20 tahun, lama-kelamaan Pankreas anda mengalami kegagalan dan timbulnya penyakit kencing manis.
Peningkatan aras gula yang tinggi dalam darah melebihi aras normal adalah toksik kepada badan anda, ini menyebabkan sel-sel terpaksa menyerap lebihan gula tersebut dengan cepat. Kesannya hanya selang beberapa waktu mungkin 30 minit aras gula darah anda akan menurun di bawah aras normal menyebabkan anda rasa lapar kembali, dan otak mula menghantar signal supaya mengambil minuman manis lagi. Anda telah terperangkap di dalam kitar ketagihan gula. (penerangan lanjut telah saya jelaskan di dalam buku yang akan saay terbitkan bertajuk "Kuruskan Badan Cara Pro.!!" InsyaAllah tidak lama lagi akan berada di pasaran.
Tabarakallah - Selamat menjalani ibadah puasa, baca Al-Quran banyak-banyak ...
Dr.Izzi.
No comments:
Post a Comment