Salam sejahtera sahabat-sahabat yang dihormati semua,
Anda tahu apa itu BMI?
BMI adalah satu bacaan yang digunakan untuk mengetahui tahap kegemukan atau kekurusan seseorang individu. Body Mass Index (BMI) atau dalam bahasa melayu dipanggil Indeks Jisim Badan. BMI mempunyai tahap kejituan yang tidak berapa tepat untuk penentuan kadar sebenar tahap obesiti seseorang. Tetapi amat berguna untuk kajian populasi dan memberikan cadangan kadar obesiti masyarakat secara umum.
Indeks ini hanya boleh diguna pakai untuk individu awam seperti saya dan anda semua, bagi seorang atlet bina badan, BMI mereka mungkin merujuk kepada angka obes iaitu 25 ke atas, ini adalah kerana otot mempunyai jisim atau isipadu dan kepadatan yang lebih tinggi berbanding lemak.
Bacaan Peratusan Lemak badan atau "Body Fat Percentage (BFP)" adalah lebih tepat untuk penentuan sebenar obesiti seseorang.
BMI diperkenalkan oleh Adolphe Quetelet pada tahun 1830 - 1850 dalam kajian beliau berkenaan "social physics".
BMI bermula daripada bacaan 18.5 sehingga 25 memberikan cadangan sebagai berat normal, BMI di bawah 18.5 mencadangkan bahawa individu tersebut kurus atau kurang berat badan, bacaan daripada 25 sehingga 30 mencadangkan seseorang individu itu terlebih berat atau gemuk, manakala bacaan melebihi 30 ke atas mencadangkan bahawa individu tersebut obes.
Bagi penduduk asia bacaan BMI adalah sedikit berbeza dengan angka 23 digunakan sebagai had berbanding 25.
Bagaimana untuk mengira BMI.
Bacaan BMI adalah bacaan berat badan anda dalam KG di bahagikan dengan 2 kali bacaan tinggi anda dalam meter.
Formulanya adalah seperti berikut :
BMI = (berat) kg
(tinggi x tinggi ) meter kuasa 2.
Contohnya jika berat anda 75kg dan tinggi 1.55m
Tinggi , (1.55 x 1.55 = 2.40), berat 75kg
BMI menjadi. 75kg. = 75kg = 31.22 (obes dah).
Tinggi , (1.55 x 1.55 = 2.40), berat 75kg
BMI menjadi. 75kg. = 75kg = 31.22 (obes dah).
(1.55x1.55) (2.40)
Manakala BMI prime pula adalah bacaan BMI anda dibahagikan dengan 25. Bagi penduduk asia, limit bacaan adalah 23.
Contohnya 31.22 = 1.36
23
23
BMI prime adalah sedikit penambahbaikan untuk mendapatkan lebih ketepatan cadangan tahap kekurusan dan kegemukan seseorang. Bacaan BMI prime adalah merupakan purata bacaan yang dikira berdasarkan nilai bacaan BMI seseorang individu yang dibahagikan dengan bacaan had atas BMI iaitu 25 , dan 23 bagi penduduk asia. Cara penggiraan adalah seperti contoh di atas.
BMI Prime kurang dari 0.74 adalah kurang berat, manakala bacaan 0.74 and 1.00 adalah berat optimal dan bacaan 1.00 ke atas adalah terlebih berat atau obes.
Sekiranya bacaan BMI prime anda 1.36 ini memberikan cadangan bahawa berat anda adalah 0.36 lebih berbanding yang sepatutnya, ataupun bermaksud 36% terlebih berat dari sepatutnya.
Semoga bermanfaat buat semua.
Barakallah.
Dr.Izzi.
No comments:
Post a Comment