Monday, June 29, 2015

Fasa 1 ....... ke garisan , sedia , mula diet

Salam sejahtera sahabat-sahabat yang dihormati.


Tajuk ini merupakan tajuk yang paling penting bagi anda sekiranya anda serius untuk mendapatkan berat badan ideal anda.

Sekiranya anda tidak memahami fasa 1 dan konsep disebaliknya maka anda akan mempunyai masalah untuk meneruskan perjuangan diet anda ke fasa 2 dan seterusnya.

Konsep asas diet rendah Karbohidrat a.k.a Diet Atkins

Saya explain teori asas ataupun konsep diet Atkins.

Diet atkins adalah diet sihat yang menekankan pemakanan seimbang dan sumber makanan yang segar serta bernutrisi. Tidak ada istilah berlapar dalam diet ini kerana anda dikehendaki makan sekurang-kurangnya 4-5 kali sehari.

1. Sarapan pagi
2. Minum pagi
3. Makan tengahari
4. Minum petang.
5. Makan malam
6. Makan larut malam tidak dibenarkan.

Badan anda menggunakan 2 sumber tenaga
1. Glukosa (sumber dari gula dan Karbohidrat),
2. Ketone (daripada pembakaran lemak badan).

Dalam pemakanan harian anda, anda selalunya mengambil byk Karbohidrat dan gula.....daripada nasi,roti,biskut,minuman manis, 3in1, oat ,buah-buahan dan sebagainya. Sumber makanan ini mengandungi kandungan gula dan Karbo. yang tinggi.

Badan anda hanya menggunakan sebahagian sahaja glukosa yang anda ambil sepanjang hari sekadar mencukupi untuk aktiviti harian tubuh badan.

Aktiviti seperti makan,minum,tidur,bejalan,mandi,besenam,berak dan sebagainya kesemuanya menggunakan tenaga, malah bakteria yang berada di dalam usus anda juga memerlukan tenaga untuk berkembang biak dan kebanyakannya datang daripada glukosa yang anda makan. Glukosa yang lebih akan ditukarkan oleh insulin badan sebagai lemak badan dengan tujuan dan harapan supaya akan digunakan apabila diperlukan nanti.

Tetapi malangnya tabiat pemakanan kita rakyat Malaysia selalunya tinggi Karbo dan gula...maka lemak badan tidak pernan berpeluang untuk digunakan sebab badan akan sentiasa mendapat bekalan karbo/gula.

Glukosa merupakan sumber bahan bakar untuk tenaga pilihan no.1 otak manusia. Badan akan cuba sedaya mampun untuk menggunakan glukosa untuk tenaga otak walaupun dalam keadaan kekurangan pengambilan karbohidrat. Tetapi selepas 72 jam berlalu dan sekiranya pengambilan karbohidrat masih rendah badan terpaksa menggunakan sumber tenaga alternatif iaitu jasa keton yang dihasilkan daripada pembakaran lemak. Otak merupakan organ yang paling lambat untuk bertukar kepada jasad keton sebagai sumber tenaga.

Pada kebasaannya apabila aras glukosa darah menurun otak akan menghantar signal supaya makan. Pada waktu ini anda akan berasa lapar dan keinginan untuk makan terutamanya makanan yang manis dan tinggi karbohidrat untuk mendapatkan bekalan gula egera(craving/hunger)
....maka anda akan makan (Karbo dan gula) untuk memenuhi permintaan signal otak (satisfy)....

selalunya bila aras glukosa tinggi lepas makan, insulin akan dirembeskan secara berlebihan , terutamanya sekirany aterdapat pengambilan gula ringkas atau karbohidrat ringkas tanpa serat makana yang tinggi. Insulin ini bertindak untuk menstabilkan aras gula darah dengan menukarkan glukosa yang berlebihan tersebut kepada lemak. Secara tidak langsung kandungan lemak badan akan bertambah.....

Biasanya apabila penat kerana senaman atau exercise anda akan teringin untuk minum/makan lebih sumber karbohidrat ringkas seperti minuman tenaga atau "power bar" ataupun selepas bermain badminton anda akan pekena sirap bandung dan roti telur mamak dua keping. Ini akan menyebabkan lemak badan tidak berpeluang untuk digunakan maka proses lipolisis ataupun pemecahan lemak tidak akan berlaku. Kesan insulin yang tinggi dalam darah juga akan menghentikan sementara proses pembakaran lemak dan akan meningkatkan pebnghasilan lemak baru daripada lebihan glukosa yang anda ambil.

Diet atkins.

Ringkasnya Diet atkins ada 4 fasa 1-4


Fasa 1 (induction phase/kick-start)....mesti mengawal pengambilan carbo makanan 20g-21g Karbo sahaja sehari selama 2minggu... Akan diterangkan lebih lanjut kemudian INsyaAllah.

Fasa 2 (balancing phase)....boleh tambah jumlah carbo makanan 5g seminggu daripada fasa 1 sehingga anda menemui "Aras Kritikal Penurunan Berat" anda. Purata bacaan "Aras Kritikal Penurunan Berat" adalah 45 gram karbo sehari  - . Akan diterangkan lebih lanjut kemudian INsyaAllah.

Fasa 3 (pre-maintainance phase)....boleh tambah lagi 10g daripada "Aras Kritikal Penurunan Berat" fasa 2 - bermaksud anda menambahkan setiap 10 gram seminggu sehingga anda mencapai bacaan "Aras Kritikal Pengekalan Berat" biasanya sehingga 75 gram atau lebih bergantung kepada tahap metabolisma dan kecergasan individu  - Akan diterangkan lebih lanjut kemudian INsyaAllah.

Fasa 4 (maintanance phase)......mengekalkan tahap toleransi karbo anda dalam masa yang sama cuba untuk mempelbagaikan jenis-jenis makanan atau pilihan makanan anda (yang rendah karbohidrat dan tidak mengandungi kandungan gula ringkas yang tinggi), selagi berat tidak meningkat.


Kenapa mesti +-20g carbo di fasa 1?

Asasnya adalah tubuh badan anda akan sentiasa menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga pertama...apabila glucose sudah habis digunakan maka automatik lemak badan akan digunakan sebagai sumber tenaga....

Beberapa kajian sains menemui jumlah kanduagan carbo 20g sahaja sehari adalah yang kadar karbohidrat minimum yang paling ideal untuk menggalakkan badan menggunakan glukosa dengan cepat dan habis dan dapat memulakan pembakaran lemak sebagai tenaga seterusnya...... ingat bahawa badan sentiasa memerlukan tenaga untuk berfungsi...

Apabila lemak dipecahkan (lipolysis /ketosis) maka jasad ketone akan dihasilkan..... Karbohidrate /gula menghasilkan glukosa...

Ketone adalah sumber tenaga yang ideal untuk otak dan otot....lebih effisien berbanding glukosa...apabila ketone digunakan dengan automatik badan akan lebih bertenaga, fokus, kurang craving untuk manis-manis dan cepat kenyang apabila makan.

Diet Atkins mempunyai kesan yang begitu berkesan untuk menurunkan berat badan lebihan anda, menstabilkan aras gula darah, menstabilkan fungsi insulin dan kolesterol badan (good/bad ratio), meningkatkan aras HDL badan, menurunkan aras Trigliserida dan banyak lagi.

Apabila badan sudah bermula dengan "kick-start" lipolisis(pemecahan lemak), maka lemak yang selama ini menunggu untuk digunakan akhirnya digunakan (alhamdulillah syukur)......secara automatik berat lemak badan akan mengurang dan bahagian-bahagian lemak terkumpul dalam bdn akan menyusut.... ..pendek kata anda akan menjadi slim



Apa yang perlu anda buat di fasa 1 ???

Pertama kena makan makanan seimbang:

1. Mesti ada protein - sumber dari haiwan (ikan/ayam/daging - 0g carbo) / telur - sebiji telur ayam 0.6g carbo...

2. Mesti ada lemak - lemak haiwan eg.kulit ayam/daging/ minyak sawit /olive oil lagi bagus/ majerin/butter/keju (byk choice) /bukan nasi lemak please....

3. Fiber/vitamin dan mineral - mesti makan banyak sayur-sayuran hijau.....kalau bukan hijau macam capsicum kuning/merah biasanya tinggi carbo...carot dan potato tak dibenarkan di fasa 1 kerana berkanji (high karbo)...salad/sawi/kailan/asparagus/kobis/koboi/bunga kobis/brokoli/ taugeh/ zukini/timun dan byk lagi digalakkan.

Basically....makan macam biasa 4-5 kali sehari cuma hadkan pengambilan Karbo/gula......apa yang perlu dihadkan

1. Segala jenis tepung-tepung dan bahan-bahan yang daripada tepung gandum putih eg.kuih cincin ,kuih muih,goreng pisang ,cekodok, roti ,roti canai, roti prata,tose,roti sardin, roti telur, nasi, nasi bariani, nasi beras herbaponi tajmahal, nasi himpit, biskut, keropok2 sebab ada tepung/ pasti/makaroni/ bihun/soto/kuih teow/ mee tuaran/ mee kampung pek/ nasi dagang/ cendol/pulut / nasi lalap/ nasi ayam penyet (ayam sahaja dgn sayur boleh)...ubi2 semua jenis ubi termasuk ubi badak/ubi keling/ubi kayu dan segala bentuk Karbohidrat....

2. Elakkan makanan yang bergula eg.teh tarik ping dgn susu pekat manis (kalau 0 ok)....soft drink, madu, sirap manis, buah-buahan tidak dibenarkan dalam fasa 1. Fasa 2 ke atas boleh dah. Apa-apa yg ditambah gula elakkan ...contohnya bubur ke apa ke yg ada gula ...especially sweet coklat...serbuk coco asli boleh....gunakan pemanis semulajadi seperti stevia.

3.Elakkan makan rapu dan makanan yg terproses yg tinggi gula dan carbo - caranya kena baca "nutritional info" di tin/paket/label makanan tersebut ....penerangan lanjut ada saya bincangkan di dalam buku yang akan saya terbitkan bertajuk "Kuruskan Badan Cara Pro.!!".....

Jadi kalau semua tak boleh lapar la nanti ??? Mana sumber tenaga ??

Jangan risau anda tidak akan berlapar sebab anda mesti mkn 4-5 kali sehari dengan makanan yg berkhasiat dan menyehatkan cuma kurang Karbo dan tiada gula....gula adalah racun metabolisma badan yang bertindak seperti dadah yang akan menyebabkan ketagihan.....

Dari mana carbo untuk cukupkan 20g carbo sehari selama 2 minggu untuk fasa 1.

Jawapannya adalah daripada sayur-sayuran hijau (dikenali sebagai sayur-sayuran asas) dan sedikit daripada protein dan lemak yang anda makan. Contohnya kobis 100g mengandungi 6g karbo,telur ayam sebiji 0.6g. Ayam dan daging 0 gram karbo. Anda dinasihatkan mengambil 14-15gram karbohidrat daripada sayur-sayuran asas.

Karbo...keju chessdale sekeping 1.1g carbo.....

Perubahan akan berlaku dalam masa 2 minggu....yakin dan faham teknik dan cara...pasti akan berjaya......all the best to all....tak paham tanya ye...... untuk mendapatkan penerangan yang lebih terperinci dan asas yang lebih kukuh anda boleh menempah buku yang akan saya terbitkan bertajuk "Kuruskan Badan Cara Pro.!!" . InsyaAllah saya akan maklumkan apabila berada di pasaran.

Tabarakallah

Dr.Izzi.

Wednesday, June 24, 2015

Kisah Kebijaksanaan Saidina Ali K.W dan kurma.

Salam sahabat-sahabat yang disayangi.


Ketika berbuka dengan puasa dengan zaujah sambil makan kurma saya teringat  kisah yang diceritakan tentang Saidina Ali Karramallahu Wajhah dan Sayyidatina Fatimah R.Anha.

Ketika mana pasangan suami isteri tersebut sedang menikmati buah kurma dan meletakkan biji-biji kurma yang telah di makan di dalam satu bekas maka Sayyidatina Fatimah R.Anha menguji suaminya Saidina Ali K.W.


Sayyidatina Fatimah R.Anha menduga Saidina Ali K.W supaya mengasingkan atau memisahkan antara biji-biji kurma yang dimakan oleh beliau (Fatmah r.a) dan yang dimakan oleh Ali K.W.

Tanpa berfikir panjang maka Saidina Ali K.W pun terus mengeluarkan semua biji kurma tersebut ke atas lantai dan menyusun di dalam satu barisan memanjang dengan jarak yang terpisah di antara satu sama lain.



Maka dengan sendirinya terjawab soalan isteri beliau dengan amat mudah sekali. Terbukti kebijaksanaan Saidina Ali K.W yang memang Allah swt berikan kepada beliau. Moga kesemua ahlilbait dirahmati Allah swt.

p/s : Gelaran Karramallhu Wajhah adalah gelaran yang diberikan oleh ulama Ahli Sunnah wal Jamaah terhadap Saidina Ali K.W untuk membersihkan gelaran buruk kaum Khowarij yang selalu menghina Saidina Ali K.W dengan ucapan Kabbahallahu Wajhah yang bermaksud semoga Allah memburukkan wajahnya. Karramallahu Wajhah bermaksud semoga Allah swt memuliakan wajahnya. Gelaran ini bukan diberikan oleh golongan Syiah. 

Tuesday, June 23, 2015

Pengenalan kepada fasa-fasa diet Atkins

Salam sahabat-sahabat yang dihormati, 

Apa khabar sahabat-sahabat semua,

Di sini saya terangkan serba-sedikit tentang fasa-fasa di dalam diet Atkins.

Diet Atkins terdiri daripada 4 fasa yang tidak sama di antara satu  sama lain dan juga mempunyai objektif yang berbeza.

Fasa 1 sehingga fasa 4 diet Atkins bolehlah diibaratkan sebagai fasa-fasa pendidikan atau pembelajaran anda.

Fasa 1 adalah seumpama anda memasuki alam sekolah rendah.

Fasa 2 adalah sekolah menengah.

Fasa 3 pengajian tinggi di universiti atau kolej.

Fasa 4 adalah seperti alam kerjaya anda.

Fasa 1 :

Fasa 1 adalah fasa di mana anda baru mula untuk belajar daripada perkara yang paling asas sehingga anda mengenali dan mengetahui secara lebih jelas tentang diet Atkins. Seumpama anda di sekolah rendah, anda mula belajar huruf A, B, C, D sehingga Z. Kemudian belajar mengeja, membaca dan mula menghafal. Segala-galanya bermula dari perkara paling asas. Contoh yang paling jelas adalah seumpama anda membina sebuah rumah. Apa yang perlu untuk bangunan seperti rumah itu kukuh, kuat, stabil dan tahan lama bukanlah atap, siling, tingkap ataupun hiasan di dalam rumah itu. Yang paling penting adalah tapak rumah tersebut yang kukuh dan stabil, barulah binaan anda yang seterunya kekal dan tidak mudah goyah.



Apa yang akan berlaku sekiranya anda tidak mengambil peduli tentang kekuatan asas tapak binaan anda itu? Perkara yang paling tidak anda ingini mungkin boleh terjadi seperti runtuhnya rumah tersebut. Begitu juga dengan asas corak pemakanan ataupun diet anda. Tanpa kefahaman dan ilmu yang jelas serta kukuh maka anda dengan mudah boleh menyimpang daripada kaedah sebenar diet ini. Akibatnya berkemungkinan besar tidak mencapai target ataupun matlamat yang anda tentukan di dalam usaha anda untuk menurunkan lebihan berat badan anda.

Fasa 2 :

Di fasa 2 anda seolah-olah berada di peringkat sekolah menengah di mana ilmu yang anda pelajari pada peringkat sebelum ini digunakan untuk memperkuatkan lagi kefahaman anda dengan pelbagai bentuk ujian dan peperiksaan.



Seperti mana saya dahulu mengambil PMR, SPM ataupun sekarang anda mengambil PT3 dan SPM, maka di situlah anda berada di fasa 2 untuk menentukan tahap toleransi badan anda terhadap karbohidrat sebelum anda berusaha untuk meningkatkan tahap toleransi karbohidrat anda di fasa 3 seterusnya.

Di fasa 2 anda melakukan ujian dan ujikaji terhadap badan anda untuk mengenalpasti di manakah bacaan "Aras Kritikal Penurunan Berat" badan anda semasa anda menambahkan jumlah pengambilan karbohidrat harian anda mengikut tangga-tangga makanan yang disyorkan dengan peningkatan berperingkat setiap minggu.

Fasa 3:

Fasa 3 pula adalah fasa lanjutan kepada fasa 2 di mana anda terus berekperimentasi dengan tahap toleransi karbohidrat badan anda. Tetapi pada kali ini anda melakukan ujian dan percubaan yang lebih kompleks serta memerlukan lebih pemerhatian dan tahap berhati-hati yang tinggi. Sama seperti anda berusaha untuk menamatkan pelajaran anda di kolej ataupun universiti di mana pada ketika itu sekirnya anda gagal ujian atau peperiksaan maka masa depan universiti atau kolej anda menjadi haru-biru. Apa yang anda perlukan adalah ketahanan mental dan fizikal serta waspada dan keyakinan yang tinggi. Anda juga perlukan semangat juang yang sentiasa membara dan bantuan rakan-rakan di sekeliling anda. Sekiranya anda berjaya pada fasa ini maka fasa selanjutnya adalah begitu senang untuk anda.



Seperti juga sebagai contoh anda berjaya bergraduasi sebagai seorang doktor. Maka fasa seterusnya adalah untuk anda mengaplikasikan ilmu yang anda pelajari tersebut di alam nyata dan dalam masa yang sama masih meneruskan proses pembelajaran dan pengajaran supaya tahap kefahaman, skil, serta kondisi kerja anda sentiasa berada di tahap optimum.

Fasa 4: 

Fasa 4 adalah seperti alam kerjaya anda. Di mana anda yang mencorakkan alam kerjaya anda untuk membentuk suasana yang anda inginkan. Begitu juga dengan diet ini. Di mana apabila anda sudah berada di fasa 4 maka anda sudah mempunyai segala kefahaman dan kepakaran untuk memilih jenis-jenis makanan yang sesuai dan yang tidak sesuai untuk badan anda. anda juga boleh mencorak gaya pemakanana anda yang unik bagi diri anda tanpa terlalu rigid mengikut menu yang disyrorkan seperti semasa di fasa 1-3.




Boleh dikatakan anda bebas memilih jenis-jenis makanan anda tetapi dalam lingkungan yang tidak melapaui batas yang boleh merosakkan diet anda dan yang paling penting supaya anda tidak kembali kepada tabiat pemakanan anda semasa anda masih gemuk dahulu.

Penerangan lanjut dalam "entry" seterusnya InsyaAllah..




Tabarakallah.

Dr.Izzi

Sunday, June 21, 2015

Pengenalan kepada diet rendah karbohidrat @ Diet Atkins.

Salam sahabat-sahabat yang dihormati, 



Pengenalan kepada Diet Atkins.  


Mungkin inilah intipati sebenar tujuan saya menulis di blog melawan obesiti ini. "Fight Obesiti Blog (FOB)".

Bagi anda yang telah pernah dengar dan membaca artikel atau penerangan tentang diet Atkins ini mungkin ianya menjadi bahan bacaan ulangan anda untuk memahami lebih lanjut tentang Diet Atkins ini.



Sekiranya ini adalah pertama kali anda mendengar tentang diet ini maka , lapangkan dada anda, dan fokuskan minda anda kerana ianya akan menjadi titik tolak kepada kejayaan anda untuk melawan obesiti dan mendapatkan berat badan ideal anda.

Diet Atkins diperkenalkan pada tahun 1950an lagi semasa Dr.Atkins pada ketika itu mempunyai masalah untuk mengawal selera makan dan berat badan beliau mula tidak terkawal dan semakin meningkat.

Beliau telah melakukan banyak kajian dan pembacaan untuk mengatasi masalah tersebut. Tujuan kajian beliau adalah untuk membolehkan beliau terus menikmati makanan-makanan yang sedap dan lazat (kerana beliau seorang yang mencintai makanan), dalam pada masa yang sama beliau boleh menurunkan berat badan beliau tanpa berlapar dan tidak menjejaskan kesukaan beliau untuk makan. Pendek kata beliau masih boleh kurus walaupun makan dengan kenyang dan puas.  


Melalui kajian dan pembacaan beliau akhirnya beliau telah menemui sebuah jurnal sains yang menerangkan tentang diet rendah karbohidrat dan kesannya terhadap penurunan berat badan.


Setelah mengikut panduan daripada jurnal tersebut dan melakukan beberapa modifikasi serta penambah-baikan, maka beliau amat teruja kerana berat badan beliau menurun sedangkan beliau masih dapat makan apa yang beliau suka sehingga kenyang dan tidak perlu berlapar. Bahkan belaiu dapat makan sehingga 4-5 kali sehari tanpa perlu risau berat badan beliau naik kembali.

Apabila telah mengesahkan keberkesanan diet berkenaan, beliau telah berkongsi kaedah yang beliau ikuti kepada rakan-rakan serta pesakit-pesakit yang beliau rawat. Lebih menyebabkan beliau teruja adalah kesemua pesakit-pesakit beliau menunjukkan peningkatan tahap kesihatan yang memberangsangkan. Peakit yang mempunyai obesiti berjaya kurus, aras HDL meingkat dengan baik, aras Trigliserida darah menurun ke aras normal, Insulin tidak lagi terlebih rangsang yang menjadi punca "Hyperinsulinemia", aras gula darah stabil , risiko penyakit jantung menurun, bahkan individu yang merasakan diri mereka akan mati dalam keadaan gemuk juga berjaya membuang 20-30kg lebihan berat badan hanya dengan mengikut kaedah beliau dan bertukar menjadi individu slim yang jauh lebih sihat dan bertenaga berbanding sebelumnya.

Sepanjang Diet Atkins diperkenalkan ramai para doktor yang skeptikal dan tidak dapat menerima konsep beliau kerana beliau menggalakkan pengambilan lemak tepu, serta lemak-lemak makanan dengan kadar yang tinggi atau peratusan yang tinggi dalam diet harian, pengambilan protein yang juga tinggi, pengambilan serat yang tinggi daripada sayur-sayuran, dan hanya pengambilan karbohidrat sahaja yang rendah.

Ini adalah kerana majoriti masyarakat telah taksub ataupun terlalu percaya bahawa diet rendah lemak adalah bagus dan pengambilan makanan berlemak yang berlebihan boleh menyebabkan pelbagai penyakit terutamanya masalah jantung. Dr.Atkins berjaya membuktikan sebaliknya.

Diet tinggi lemak, protein sederhana,tinggi serat dan rendah karbohidrat terbukti jauh lebih bagus untuk kesihatan dan jauh lebih berkesan menurunkan berat serta membantu ramai pesakit kencing manis bebas daripada masalah ketidak seimbangan gula darah dan mengaktifkan kembali tahap sensitiviti sel-sel terhadap Insulin. Obesiti biasanya boleh menyebabkan rintangan sel-sel terhadap Insulin. Seterusnya menyebabkan sel-sel tidak dapat menyerap glukosa darah yang akhirnya menyebabkan kencing manis.


Diet rendah lemak merendahkan aras HDL dan LDL, tapi tidak membantu menurunkan aras Trigliserida, serta tidak membantu menstabilkan aras gula darah.

Bahkan banyak kajian menunjukkan diet rendah lemak dan tinggi karbohidrat menyebabkan peningkatan LDL darah dan trigliserida darah seterusnya meningkatkan risiko penyakit jantung.

Bersambung dalam "entry" seterusnya.





Dr.Izzi

p/s - penerangan lanjut di dalam buku karangan saya yang akan diterbitkan tidak lama lagi bertajuk :
"Kuruskan Badan Cara Pro.!!" - edisi bahasa Melayu.

Friday, June 19, 2015

Selamat berkenalan dengan Diet rendah lemak atau diet rendah karbohidrat.

Salam sahabat-sahabat yang dihormati semua dan pembaca-pembaca yang disayangi. 


Anda sudah bersedia untuk bersama-sama saya berkongsi info dan penerangan tentang corak pemakanan yang saya amalkan untuk berjaya mendapat berat ideal saya hanya dalam masa sebulan lebih sahaja?

Jika ya teruskan pembacaan anda.

Terdapat beberapa versi Diet Rendah Karbohidrat.
Namun antara versi yang paling popular adalah Diet Ketogenik dan Diet Atkins. Terdapat juga beberapa versi lagi yang lebih kurang sama tetapi tidak begitu dikenali.

Diet Ketogenik adalah diet rendah karbohidrat yang terawal diperkenalkan. Diet ini mula digunakan pada sekitar tahun 1920an lagi untuk merawat kanak-kanak yang mengalami masalah sawan. Ini adalah kerana pada masa itu belum terdapat ubat sawan diperkenalkan. Perawatan sawan menggunakan diet ketogenik disahkan berkesan dan dapat membantu ramai pesakit-pesakit bebas daripada sawan ataupun sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kadar serangan sawan kanak-kanak tersebut.



Tujuan diet ini diperkenalkan adalah untuk membolehkan badan pesakit tersebut tidak menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga otak tetapi menggunakan sumber tenaga daripada pembakaran lemak (penerangan lanjut akan datang InsyaAllah).



Pesakit akan diberikan menu diet yang tinggi lemak, kandungan protein yang dikawal mengikut berat badan pesakit dan jumlah karbohidrat yang rendah. Kesannya adalah bila badan sudah habis menggunakan jumlah karbohidrat yang sedikit itu maka badan degan segera bertukar kepada sumber tenaga daripada pembakaran lemak. Secara tidak lansung otak juga akan menggunakan sumber tenaga daripada pembakaran lemak dan tidak lagi menggunakan glukosa. Hasilnya kadar serangan sawan pesakit kanak-kanak tersebut berkurangan malah ada yang sembuh secara sepenuhnya tetapi dengan syarat ibu bapa pesakit hendaklah memantau corak pemakanan supaya tidak berlaku serangan sawan pada masa akan datang.






Sumber lemak yang digunakan bagi diet ini adalah lemak daripada minyak kelapa dara, minyak sayuran, lemak haiwan dan sebagainya. Minyak kelapa dara digunakan secara lebih banyak kerana mangandungi Medium Chain Trigliserida (MCT) yang senang diuraikan oleh badan untuk menghasilkan sumber tenaga daripada pembakaran lemak yang lebih berkesan untuk mengawal serangan sawan. Asid lemak daripada lemak tepu daripada sumber haiwan mempunyai asid lemak rantaian lebih panjang. Mengambil lebih banyak masa untuk dicernakan.  

Terdapat beberapa kesan sampingan daripada diet ini sekiranya tidak di jaga oleh doktor yang merawat pesakit tersebut. Antaranya adalah menyebabkan kanak-kanak tersebut lambat membesar atau boleh terbantut pembesaran sekiranya tidak mendapat jumlah nutrisi yang secukupnya. Tetapi diet ini sudah tidak lagi popular pada masa kini, tetapi hanya digunakan sekiranya peakit sawan tidak membreikan tinda-balas yang bagus terhadap ubat antisawan.

Diet Ketogenik tidak lagi digunakan secara meluas buat masa sekarang untuk rawatan sawan kerana penggunaan meluas ubat anti-sawan. Tetapi masih digunakan untuk pesakit yang tidak memberikan respon positif terhadap ubat anti-sawan. Sekarang diet ketogenik semakin menjadi popular kerana kesannya yang dapat ,mengurangkan berat badan dengan cepat.



Diet rendah karbohidrat yang paling popular dan terbukti berkesan untuk golongan dewasa obes menguruskan badan secara semulajadi tanpa sebarang ubat-ubatan kurus adalah Diet Atkins.

Diet ini diperkenalkan oleh seorang pakar Kardiologist bernama Dr.Robert C.Atkins (MD) berasal dari Amerika Syarikat.

Terdapat banyak buku yang telah dikeluarkan untuk menerangkan secara terperinci diet berkenaan. Antara buku paling laris di pasaran adalah New Diet Revolution karangan Dr.Robert C.Atkins yang telah terjual melebihi 20 juta naskah selepas dipasarkan.

Penerangan lanjut dalam "entry" seterusnya..wassalam.



Tabarakallah.
Dr.Izzi

Thursday, June 18, 2015

Tips untuk kurang dehidrasi bulan puasa.

Salam sejahtera sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian.


Sepanjang bulan Ramadhan kita agak kurang meminum air kosong kerana banyak sebab. Antara sebab-sebabnya adalah

1. Tidak biasa mengamalkan meminum air kosong secukupnya walaupun sebelum bulan puasa lagi.
2. Air kosong menyebabkan perut rasa kembung.
3. Air kosong tak sedap, tawar takda rasa.
4. Sebelah malam, perut dah terlalu kenyang dengan makanan lain selepas berbuka puasa.
5. Tidak ingat untuk minum air kosong kerana banyak lagi air manis (bergula) yang dibeli tadi belum habis.
6. Tidak tahu kepentingan meminum air kosong untuk kesihatan badan.
7 Tidak ada orang memberitahu anda pentingnya minum air kosong.
8. Minum sedikit sahaja dah rasa cukup, macam mana nak minum banyak dan nak kena minum sebanyak mana sebenarnya?
9. dan pelbagai lagi...

Di sini saya ingin berkongsikan kepentingan meminum air kosong berbanding air manis (bergula) tidak kira apa jenis minuman sekalipun : 

1. Air adalah kandungan utama sel-sel dalam badan anda. Lebih kurang 60 peratus daripada badan anda terdiri daripada air. 80 peratus kandungan utama sitoplasma dalam sel adalah air.
2. Air merupakan bahan utama di dalam sendi-sendi anda (jenis sendi sinovial).
3. Air merupakan bahan utama untuk pertukaran gas-gas di dalam paru-paru anda.
4. Sel-sel otak anda memerlukan air untuk berfungsi secara optimum.
5. Badan anda memerlukan air yang cukup untuk perjalanan darah yang sekata dan lancar.
6. Buah pinggang akan cepat rosak sekiranya kurang pengambilan air.
7. Metabolisma badan anda bergantung kepada kandungan air yang anda ambil seharian. Kurang air maka metabolisma badan menurun.
8. Lapisan mukosa di dalam badan anda terdiri daripada air, sekiranya kurang air maka lapisan mukosa terdedah kepada jangkitan kuman atau yis.
9. Lapisan utama perut anda terdiri daripada air, kekurangan air menyebabkan senangnya berlaku gastrik kerana tindak balas asid perut.



Bagaimana untuk memaksimumkan pengambilan air untuk kesihatan anda :

1. Minum air mengikut berat badan anda secukupnya. Setiap 25kg berat badan anda sepatutnya anda minum 1 liter air. Maksudnya sekiranya berat anda 60kg anda seharusnya meminum 60kg/25 = 2.4 Liter air sehari.  Minum sedikit demi sedikit dari waktu mula berbuka sehinggalah sebelum sahur, cuba habiskan sebanyak yang anda mampu. Jangan minum sekaligus dengan banyak kerana akan menyebabkan tekanan kepada buah pinggang dan sel-sel anda.

2. Amalkan menjilat sedikit garam mineral sebelum meminum air (amalan RasulAlah SAW). Ambil secalit garam dengan hujung jari dan jilat dengan lidah. Selepas itu baru anda minum air. Dengan cara ini sel-sel anda akan dapat menyerap air yang anda minum ke dalam dengan lebih efektif dengan bantuan mineral garam. Elakkan menggunakan garam dapur biasa kerana garam dapur biasa mempunyai 99 peratus Sodium Klorida yang boleh menyebabkan keracunan badan dalam jangka masa panjang. Seboleh-bolehnya belilah garam mineral yang lebih berkhasiat seperti Garam Mineral Himalaya, Pan Salt, Garam Celtic dan banyak lagi jenis-jenis garam.

 


Air laut mempunyai pelbagai jenis garam mineral yang bagus untuk kesihatan, walaubagaimanapun, semasa proses penghasilan garam dapur, kebanyakan mineral-mineral lain telah hilang ataupun rosak dan yang tinggal menjadi hablur garam hanyalah Sodium Klorida 99 peratus. Lebihan Sodium Klorida dalam badan juga menjadi punca tekanan darah tinggi.

3. Minum air yang diletakkan sedikit perisa atau pemanis semulajadi. Sekiranya tekak anda tidak dapat menerima rasa air kosong, maka cubalah tambahkan sedikit perisa yang tiada gula ke dalam air berkenaan. Gunakan daun pandan, sirap yang tiada gula, teh, teh jasmin, oren atau apa sahaja perisa yang tiada gula tetapi jangan berlebih-lebihan. Gunakan gula stevia sebagai pemanis kerana gula stevia adalah 300 kali ganda lebih manis daripada gula pasir dan tidak akan menyebabkan kencing manis.



4.  Beli botol air yang bersaiz 2-3 Liter. Sekiranya anda sukar untuk mendapatkan botol air yang besar, gunakan botol mineral yang bersaiz 1.5 liter banyak-banyak di rumah. Bergantung kepada keperluan air badan anda.

5. Ingat bahawa nabi SAW lebih suka minum air kosong. Zaman nabi tiada gula pasir dan tidak ada penyakit kencing manis dilaporkan pada masa itu. Ini adalah kerana gula pasir adalah punca utama kencing manis.

6. Biasakan diri anda kerana dengan proses membiasakan diri lama-kelamaan ianya akan menjadi tabiat anda, dan tabiat meminum air kosong adalah tabiat yang baik untuk kesihatan anda.


Keburukan minuman manis bergula : Awas

Apabila anda minum minuman manis bergula, aras gula darah anda akan meningkat secara mendadak dan secara terpaksa menyebabkan Insulin bekerja keras luar dari kebiasaan untuk menghasilkan Insulin. Sekiranya proses ini berlarutan setiap masa selama bertahun-tahun mungkin 10-20 tahun, lama-kelamaan Pankreas anda mengalami kegagalan dan timbulnya penyakit kencing manis.

Peningkatan aras gula yang tinggi dalam darah melebihi aras normal adalah toksik kepada badan anda, ini menyebabkan sel-sel terpaksa menyerap lebihan gula tersebut dengan cepat. Kesannya hanya selang beberapa waktu mungkin 30 minit aras gula darah anda akan menurun di bawah aras normal menyebabkan anda rasa lapar kembali, dan otak mula menghantar signal supaya mengambil minuman manis lagi. Anda telah terperangkap di dalam kitar ketagihan gula. (penerangan lanjut telah saya jelaskan di dalam buku yang akan saay terbitkan bertajuk "Kuruskan Badan Cara Pro.!!" InsyaAllah tidak lama lagi akan berada di pasaran.

Tabarakallah - Selamat menjalani ibadah puasa, baca Al-Quran banyak-banyak ...

Dr.Izzi.

Wednesday, June 17, 2015

Apa itu BMI

Salam sejahtera sahabat-sahabat yang dihormati semua,

Anda tahu apa itu BMI?

BMI adalah satu bacaan yang digunakan untuk mengetahui tahap kegemukan atau kekurusan seseorang individu. Body Mass Index (BMI) atau dalam bahasa melayu dipanggil Indeks Jisim Badan. BMI mempunyai tahap kejituan yang tidak berapa tepat untuk penentuan kadar sebenar tahap obesiti seseorang. Tetapi amat berguna untuk kajian populasi dan memberikan cadangan kadar obesiti masyarakat secara umum. 

Indeks ini hanya boleh diguna pakai untuk individu awam seperti saya dan anda semua, bagi seorang atlet bina badan, BMI mereka mungkin merujuk kepada angka obes iaitu 25 ke atas, ini adalah kerana otot mempunyai jisim atau isipadu dan kepadatan yang lebih tinggi berbanding lemak.

Bacaan Peratusan Lemak badan atau "Body Fat Percentage (BFP)" adalah lebih tepat untuk penentuan sebenar obesiti seseorang.

BMI diperkenalkan oleh Adolphe Quetelet pada tahun 1830 - 1850 dalam kajian beliau berkenaan "social physics". 

BMI bermula daripada bacaan 18.5 sehingga 25 memberikan cadangan sebagai berat normal, BMI di bawah 18.5 mencadangkan bahawa individu tersebut kurus atau kurang berat badan, bacaan daripada 25 sehingga 30 mencadangkan seseorang individu itu terlebih berat atau gemuk, manakala bacaan melebihi 30 ke atas mencadangkan bahawa individu tersebut obes




Bagi penduduk asia bacaan BMI adalah sedikit berbeza dengan angka 23 digunakan sebagai had berbanding 25. 






Bagaimana untuk mengira BMI.


Bacaan BMI adalah bacaan berat badan anda dalam KG  di bahagikan dengan 2 kali bacaan tinggi anda dalam meter.


Formulanya adalah seperti berikut :
BMI =    (berat) kg 
            (tinggi x tinggi ) meter kuasa 2. 

Contohnya jika berat anda 75kg dan tinggi 1.55m 

Tinggi ,  (1.55 x 1.55 = 2.40), berat 75kg 

BMI menjadi.     75kg.        =  75kg         =         31.22 (obes dah). 
                       (1.55x1.55)     (2.40)

Manakala BMI prime pula adalah bacaan BMI anda dibahagikan dengan 25. Bagi penduduk asia, limit bacaan adalah 23. 
Contohnya 31.22    = 1.36 
                  23


BMI prime.

BMI prime adalah sedikit penambahbaikan untuk mendapatkan lebih ketepatan cadangan tahap kekurusan dan kegemukan seseorang. Bacaan BMI prime adalah merupakan purata bacaan yang dikira berdasarkan nilai bacaan BMI seseorang individu yang dibahagikan dengan bacaan had atas BMI iaitu 25 , dan 23 bagi penduduk asia. Cara penggiraan adalah seperti contoh di atas. 

BMI Prime kurang dari 0.74 adalah kurang berat, manakala bacaan 0.74 and 1.00 adalah berat optimal dan bacaan 1.00 ke atas adalah terlebih berat atau obes. 

Sekiranya bacaan BMI prime anda 1.36 ini memberikan cadangan bahawa berat anda adalah 0.36 lebih berbanding yang sepatutnya, ataupun bermaksud 36% terlebih berat dari sepatutnya. 

Semoga bermanfaat buat semua. 










Barakallah. 
Dr.Izzi.

Program diet apa yang anda tahu.

Salam sahabat-sahabat sekalian. Apa khabar anda hari ini?


Alhamdulillah syukur pada Ilahi kerana masih diberikan kesempatan untuk saya kongsikan serba sedikit berkenaan program atau jenis-jenis diet yang digunakan oleh ramai orang untuk menguruskan badan. Ada yang popular dan ada juga yang tidak begitu popular. 

Sebelum saya meneruskan lebih lanjut saya ingin bertanya anda semua, apakah program diet untuk menguruskan badan yang anda tahu? 

Terdapat terlalu banyak program diet yang berada di luar sana. Ada yang anda pernah dengar , ada yang anda tidak pernah dengar dan mungkin ada yang anda dah ikut tapi kurang berhasil.

Antara jenis-jenis cara pemakanan ataupun diet untuk menguruskan badan (tidak termasuk produk-produk kuruskan badan) yang ada adalah : 

1. Diet penggiraan kalori.
2. Diet rendah lemak.
3. Diet rendah kolesterol. 
4. Diet Mediterranean.
5. Diet Puak Masai.
6. Diet Eskimo.
7. Fast Beach Diet.
8. Diet Palio (hunter gathering diet).
9. Diet Ketogenik.
10. Diet Atkins (Atkins 20TM dan Atkins 40TM).
11 Diet vegetarian.
12. Diet Buah-buahan.
13. 1001 macam lagi jenis diet. 

Kesemua program diet ini adalah berdasarkan kawalan kepada komponen makanan yang anda makan. Terdapat 4 komponen utama sumber makanan anda. 
1. Karbohidrat
2. Protein.
3. Lemak.
4. Serat.
5. "Macronutrient". Vitamin, mineral, antioksida dan sebagainya.



Karbohidrat paling banyak dalam bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran dan sedikit dalam haiwan dan sumber makanan laut. Rumpai laut ada yang tinggi karbohidrat. Tumbuh-tumbuhan menghasilkan karbohidrat melalui proses fotosintesis. Hanya tumbuh-tumbuhan sahaj yang dapat menggunakan tenaga cahaya matahari, bahan-bahan mineral dan Karbon Dioksida untuk menghasilkan Karbohidrat. Haiwan dan manusia adalah pengguna sekunder (kedua) atau ketiga.





  
Protein banyak terdalam dalam haiwan, makanan laut, telur dan kekacang atau biji-bijian.


Lemak pula daripada haiwan, kekacang, buah-buahan, sayur-sayuran, makanan laut. Antara sumber lemak yang paling banyak diambil oleh rakyat Malaysia adalah minyak kelapa sawit yang membekalkan lemak tepu, vitamin E, antioksida, vitamin A dan banyak lagi. Sumber omega 3 banyak terdapat dalam minyak ikan, telur, minyak zaitun dan sebagainya. Minyak yang dihasilkan daripada sumber kekacang dan syuar-sayuran banyak mengadungi omega 6 yang bersifat pro-radang yang boleh menyebabkan keradangan sel-sel badan. Sekiranya pengambilan omega 6 melebihi omega 3 maka badan anda akan terdedah kepada lebih banyak penyakit.


Serat banyak terdapat dalam tumbuh-tumbuhan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin dan sebagainya, Vitamin, mineral, antioksida banyak terdapat dalam buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan sebagainya.

Serat bijirin dan sayur-sayuran terbukti berfungsi melambatkan penyerapan glukosa di dalam usus, manakala serat buah-buahan tidak berfungsi sedemikian. Antara serat yang saya selalu amalkan adalah serat daripada husk bijirin physillium. "Physillium Husk". 


Kenali program diet anda?

Diet rendah Lemak dan diet pengiraan kalori., diet rendah kolesterol. 

Seperti namanya maka itulah aturannya. Individu yang mengamalkan diet rendah lemak akan cuba sedaya mungkin untuk mengawal pengambilan makanan berlemak dan sekaligus bahan makanan yang dikatakan mengandungi kandungan kolesterol yang tinggi. Ini adalah kerana dikuatiri terlebih pengambilan lemak daripada makanan akan menyebabkan lemak badan bertambah dan terlebih pengambilan kolesterol daripada makanan akan menyebabkan aras kolesterol darah meningkat. 

Sebenarnya banyak kajian sains menolak silap faham ini. Apa yang sebenarnya adalah sebaliknya (akan saya kupas lebih lanjut InsyaAllah). 

Diet rendah lemak berkait rapat ataupun seperti kembar kepada diet penggiraan kalori, di mana anda akan mengira kalori setiap makanan yang anda ambil untuk menentukan pengambilan kalori makanan anda tidak melebihi penggunaan kalori badan. Dikhuatiri pengambilan kalori harian anda yang berlebihan ini akan menyebabkan badan anda menukarkan lebihan kalori ini kepada tenaga simpanan dalam bentuk lemak. Kebiasaannya makanan berlemak akan dielakkan kerana makanan berlemak mempunyai nilai kalori yang lebih tinggi berbanding karbohidrat dan protein. 

1gm lemak menghasilkan 9kcal/gram tenaga , manakala 1gm protein dan 1gm karbohidrat hanya menghasilkan 4kcal/gram tenaga. 

Anda terpaksa mengawal jumlah kalori makanan anda yang kebanyakannya akan menyebabkan anda kelaparan dan berlarutan selama anda berdiet. Situasi menahan lapar secara paksa dan berpanjangan ini menyebabkan badan anda berada dalam situasi "kebuluran", sebaik sahaja anda mengalah untuk meneruskan diet anda kerana sudah tidak tahan dengan penyiksaan diri anda maka badan anda akan mengambil peluang ini untuk menambah kembali berat badan anda dan kebiasaannya berat badan "rebound" ini akan bertambah beberapa kg lebih daripada berat sebelum anda mula berdiet cara ini.  

Apa yang sebetulnya adalah nilai kalori makanan adalah tidak berkadar terus dengan penghasilan lemak badan anda. (ini juga akan saya kupas kemudian). 

Diet rendah karbohidrat. Pilihan saya dan mungkin juga anda. 

Diet rendah karbohidrat menekankan kawalan terhadap pengambilan karbohidrat harian anda. Kenapa karbohidrat? Ini adalah kerana karbohidrat adalah satu-satunya bahan makanan yang anda makan yang boleh menyebabkan peningkatan aras gula darah yang tinggi di dalam badan anda dan secara terus menyebabkan Pankreas menghasilkan Insulin untuk mengawal peningkatan mendadak gula darah anda tersebut. Insulin dikenali sebagai hormon pembina lemak. Ini adalah kerana lebihan gula dan karbohidrat ringkas dalam badan anda akan ditukarkan kepada lemak dan disimpan di dalam sel-sel lemak sebagai tenaga simpanan anda. Apabila anda sentiasa berlebihan karbohidrat , badan akan treus menerus menukarkan lebihan tersebut kepada lemak badan dan tidak berpeluang untuk menggunakannya kembali dalam bentuk pembakaran lemak sebagai sumber tenaga. 

Saya hanya akan  menyentuh secara terperinci tentang diet rendah karbohidrat sahaja. Ini adalah kerana diet ini telah dibuktikan oleh banyak jurnal sains dapat menurunkan berat dengan cepat, merendahkan aras trigliserida darah, menstabilkan aras gula darah, meninggikan tahap sensitiviti sel-sel terhadap Insulin dan meningkatkan aras HDL darah serta paling berkesan untuk mengawal penyakit kencing manis. 

Berbeza dengan rendah lemak yang tidak begitu berkesan menstabilkan aras gula darah, merendahkan HDL dan LDL darah, tidak merendahkan aras trigliserida darah. Pendek kata diet rendah karbohidrat mempunyai lebih banyak kelebihan berbanding diet rendah lemak. Malah boleh dikatakan lebih berkesan bagi individu obes untuk menguruskan badan.  

Antara diet yang banyak diamalkan oleh rakyat Malaysia adalah diet rendah lemak dan diet penggiraan kalori makanan. Kedua-dua jenis diet ini berjalan seiringan.   

Adakah diet rendah lemak berkesan?

Diet rendah lemak mula terkenal pada awal 1940-1950an di mana pada itu terdapat kajian sains yang menunjukkan tahap LDL yang tinggi menyebabkan meningkatnya risiko penyakit jantung. Tahap LDL yang tinggi dikaitkan pula dengan kadar pengambilan lemak tepu yang tinggi oleh rakyat Amerika pada ketika itu melalui makanan seperti lemak haiwan, susu segar, minyak masak, keju, mentega dan sebagainya. Lemak digunakan untuk menggoreng makanan secara meluas pada ketika itu (lemak haiwan). Contohnya seperti anda menggoreng makanan menggunakan minyak sapi. 

Dipendekkan cerita, makanan yang mempunyai lemak tepu dikatakan punca kepada meningkatnya risiko penyakit jantung pada ketika itu, maka polisi makanan rendah lemak ataupun bebas lemak diperkenalkan. Apa yang menariknya adalah syarikat-syarikat pengeluaran makanan terpaksa menghasilkan produk yang rendah atau bebas lemak kerana polisi tersebut. Lemak memberikan rasa lazat semulajadi kepada makanan, bila kandungan lemak dibuang daripada makanan maka rasa lazat makanan tersebut juga hilang. Untuk mengelakkan kerugian kerana pembeli tidak akan membeli rpoduk yang tidak sedap, maka kandungan gula yang tinggi ditambahkan ke dalam makanan tersebut. Kesimpulannya makanan rendah lemak atau bebas lemak, mempunyai kandungan gula yang tinggi. 

Perbincangan tentang kesan lebihan gula atau karbohidrat punca kepada kegemukan akan menyusul selepas ini.. 

Penerangan secara terperinci boleh anda perolehi di dalam buku yang akan saya keluarkan nanti bertajuk "Kuruskan Badan Cara Pro.!!" InsyaAllah. Tunggu..



Wassalam.  
Dr.Izzi



Tuesday, June 16, 2015

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan..

Apa yang kita perlu lakukan di bulan Ramadhan.

RasulAllah SAW apabila tiba bulan Rejab maka Baginda akan berdoa yang bermaksud "Ya Allah berkatilah kami di bulan Rejab, di bulan Sya'ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan".

Kini Ramadhan sudah tiba kembali. Berbunga-bungalah hati para wali Allah, bergembiralah seluruh para solehin, bergembiralah juga seluruh orang-orang yang beriman dan bertakwa kerana bulan ini bakal menjadi bulan tarbiyah diri dan bulan muhasabah diri serta bulan pengampunan dari Allah SWT.

Segala kesalahan yang kita lakukan selama ini dengan sedar atau tidak, maka kini tibalah masanya untuk menadah kedua tangan yang penuh dosa memohon ampun dan bertaubat, seraya berserah diri kepada Allah swt dengan seikhlas hati.




Ya Allah Aku Rindu ....

Alhamdulillah Ramadhan yang dinanti-nanti akan  tiba sehari sahaja lagi. Rinduku terhadap suasana ramadhan kembali mengisi sanubari ini.

Betapa indahnya bangun sahur di awal pagi, membaca Quran, solat Subuh berjemaah, rehat pada siang hari tanpa perlu makan tenghari memberikan lebih banyak waktu untuk membaca Al-Quran.

Berbuka puasa dengan menu yang ala-kadar tetapi insyaAllah diberkati Alah swt. Terus dengan solat sunat terawih yang tidak ada pada bulan-bulan lainnya. Sepanjang masa penuh dengan rasa pengabdian kepada Allah swt.

Tahukah anda bau mulut orang yang berpuasa berbeza daripada bau mulut orang yang tidak berpuasa kerana pembakaran lemak badan?

Apabila anda berpuasa sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut, badan anda akan mula membakar lemak sebagai sumber tenaga kerana badan kehabisan simpanan glikogen dan kurang pengambilan karbohidrat daripada makanan untuk menggantikan simpanan glikogen tersebut. Proses pembakaran lemak ini akan menyebabkan terhasilnya jasad keton (ketone bodies) yang berfungsi sebagai sumber alternatif tenaga badan menggantikan glukosa. Pada kepekatan tertentu jasad keton dalam darah, badan akan mula membuang lebihan jasad keton tersebut melalui paru-paru, melalui kencing dan melalui perkumuhan lain. (penerangan lebih terperinci dalam buku yang akan saya terbitkan tidak lama lagi InsyaAllah).

Ini menyebabkan nafas anda berbau keton, bau manis seperti buah-buahan tetapi sedikit tidak selesa dan kadang-kadang boleh berbau dengan agak kuat.  Perbezaan bau mulut biasa dengan bau mulut disebabkan oleh jasad ketone adalah,bau tersebut tidak akan hilang walaupun anda memberus gigi. Ini adalah kerana bau tersebut datangnya daripada paru-paru anda, bukan dari mulut anda.

Apa yang perlu kita lakukan di bulan Ramadhan? Sedikit nasihat di bulan puasa.

Apabila anda berpuasa, badan akan mengalami kekurangan air berbanding waktu tidak berpuasa. Ini adalah kerana kita tidak boleh minum air sewaktu bepuasa dan makanan yang kita makan sebelum ini juga mengandungi air juga. Dalam keadaan badan kekurangan air adalah seeloknya anda tidak menambahkan bebanan badan anda dengan memulakan berbuka puasa dengan minuman yang manis yang bercampur gula. Ini adalah kerana minuman manis bergula akan memekatkan lagi darah anda dan menyebabkan anda menjadi semakin haus dan memberikan bebenan yang tidak sepatutnya kepada pankreas anda kerana peningkatan mendadak aras gula darah.

Ikutlah sunnah RasulAllah dengan hanya meminum air kosong dan berbuka dengan kurma. Kurma mengandungi serat, antioksida dan pelbagai mineral lain yang boleh mencegah daripada rangsangan berlebihan insulin badan.

Sewaktu badan kekeringan, mulut juga senang mendapat serangan bakteria dan ulser mulut. Pastikan anda sentiasa menjaga kebersihan mulut anda . Yang lebih utama jagalah mulut anda daripada berkata perkara-perkara yang sia-sia kerana di bulan Ramadhan pahala akan dilipat-kali gandakan , begitu juga dengan dosa, akan menjadi berkali ganda besar berbanding bulan biasa.

Wallahu a'lam.

Tabarakallah
Dr.Izzi.

Bila nak mula, apa yang saya perlu buat?

Salam sejahtera sahabat-sahabat yang dihormati sekalian.

Saya cukup teruja pada kali ini untuk berkongsikan serba sedikit ilmu dan pengalaman yang saya ada untuk tatapan dan ikutan sahabat-sahabat. Semoga ianya memberikan manfaat yang baik dan berguna untuk anda semua dan memberikan sedikit imbuhan pahala untuk saya di kahirat nanti.

Bila nak bermula dan apa yang perlu saya buat? 

Sekiranya anda tidak sabar-sabar untuk mengetahui teori, cara-cara, kaedah dan pantang-larang cara pemakanan yang saya amalkan, maka saya menasihatkan anda tarik nafas dalam-nafas kemudian hembuskan secara perlahan-lahan sehingga paru-paru anda rasa tenang dan lega. Tenangkan minda dan fokuskan tumpuan anda. Tetapkan masa atau tarikh yang paling sesuai buat anda untuk bermula, tetapi sebaik-baiknya anda kumpulkan kefahaman dahulu sebelum bermula semoga tidak terhenti di tengah-tengah jalan (program diet).

Mulakan dengan Bismillah. 

RasulAllah SAW berpesan setiap perkara baik yang tidak dimulakan dengan Basmalah(Bismillahirrahmanirrohim = dengan nama allah yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang), maka amalan itu akan tertolak. Maksudnya kita tidak mendapat pahala untuk amalan itu. Alangkah ruginya kan.

Sediakan target, matlamat diet dan dairi diet anda.

Anda perlu tahu secara jelas kenapa anda mahu menguruskan badan anda. Ini adalah kerana sekiranya anda tidak ada matlamat yang jelas maka minda separa sedar anda tidak akan dpat berfungsi untuk mengerakkan fizikal dan mental anda untuk mencapai matlamat tersebut.

Sebagai contoh....saya ingin kurus sebab nak kahwin lagi 2 bulan.. Adakah matlamat ini jelas?

Ya sudah pasti jelas dan tepat ke sasaran.

Sekiranya matlamat anda seperti begini "saya nak kurus sebab nak sihat"....

Apa komen anda? Adakah matlamat sebegitu jelas dan tepat ke sasaran?

Jawapannya sudah pasti tidak jelas.

Sebaiknya tetapkan matlamat seperti ini, saya nak kuruskan badan sehingga BMI saya mencapai angka 19.
Ataupun saya nak diet sehingga saiz pinggang menurun daripada 34 ke 30 inci.

Ataupun , saya nak berat saya menurun daripada 90kg kepada 60kg.

Anda dah tahu matlamat anda?

Tetapkan matlamat yang jelas seperti itu InsyaAllah anda dengan fokus dan jelas dapat mengatur langkah menuju ke arash itu.  InsyAllah....barakallah.


Apa yang perlu saya buat?

Pertama sekali anda memerlukan sedikit alat bantuan untuk berjaya. Seabagi contoh seorang askar yang ingin turun ke medan perang. apakah yang diperlukan, peta, senapang, bom, baju kalis peluru, arahan yang lengkap, bantuan arah dan risikan posisi pihak musuh dan sebagainya.

Anda pula bagaimana?

Musuh anda hanyalah nafsu makan anda sahaja...



Apa yang anda perlukan adalah :
1. Tali inci untuk ukur lilit  anda.
2. Penimbang berat digital surang-kurangnya 2 angka selepas titik perpuluhan.
3. Buku Panduan diet. (Akan saya sentuh dalam "entry" seterusnya).
4. Kumpulan Sokongan.
5. Matlamat, visi, misi anda yang jelas.
6. Belanja dapur.
7. Senarai audit dapur anda.
8. Botol air minuman sekurang2nya 2-3 liter.
9. Buku catatan atau diari pemakanan harian anda.
10. dan lain-lain sekirnya saya lupa..



Anda sudah bersedia dengan kelengkapan senjata anda?

Anda tahu bagaimana cara nak kira BMI anda?

InsyaAllah kita sambung selepas ini.

- Dr.Izzi

Monday, June 15, 2015

Kurus dulu baru kahwin ke kahwin dulu baru kurus?

Salam sahabat-sahabat, sidang pembaca yang dihormati.


Saya ingin bertanyakan soalan ini terhadap anda semua.
Adakah anda pilih kurus dulu baru kahwin ataupun kahwin dulu baru kurus? 

Bagi saya, pengalaman saya sedikit terbalik. Saya kahwin pada masa berat badan >70kg. Bukan tak berusaha untuk diet tapi usaha tak berkesan kerana cara tak betul. Isnin Khamis pun selalu juga puasa tapi yang turun cuma sedikit sahaja, 

Yang naik plak lebih-lebih dari biasa. Nak cakap tak malu kahwin masa tembam, malu jugak tapi buat muka selamber je lah.Tunang masa tu pun tegur jugak, tak diet ke. Pi nak jawab macam mana sebab diet pun tak berkesan sebab cara tak tepat. Sebenarnya tak tahu pun cara sebenar yang berkesan. Ikut suka hati sahaja. 

Tapi syukur majlis berjalan seperti biasa tanpa ada ribut taufan hujan petir melanda dan alhamdulillah selamat juga diijabkabulkan pada 31 januari 2014. Syukur Ya Allah. Akhirnya tamat zaman bujang. 

Gemuk lepas kahwin?

Fenomena orang kita, rata-rata akan naik badan selepas kahwin, terutama para isteri selepas beranak. Suami pun tak kalah juga , lepas dah kahwin macam ikon tayar Michelin dah jugak...betul tak?  

Apa yang berlaku sebenarnya? Adakah kerana makan banyak sangat? Ataupun isteri masak terlalu sedap? Ataupun kerap sangat pegi kenduri-kendara? Tak pun mak mentua memang bos katering.

Sebenarnya bukan sebab kekerapan anda makan. Punca sebenarnya adalah disebabkan oleh komponen bahan makanan yang anda makan. Saya akan jelaskan apabila sampai "entry" selanjutnya ya sabar ya ..

Masa bujang tak berasa risau sangat pasal berat badan sebab takda sangat orang nak tegur, pi bila dah berdua rasa macam tak selesa pulak sebab tak segak. Orang putih cakap "out of shape".

Bermulalah kembali kisah nak diet lepas kahwin, macam biasa diet ikut citarasa sendiri tanpa panduan, ada juga kawan perkenalkan dengan produk herbalife....makan beberapa bulan je sebab mahal sagat berenti pastu berat naik balik huhu. Maksudnya kena beli setiap bulan , banyak tu kos keluar duit tuan-tuan.

Lepas tu fikir punya fikir buat diet sendiri, pagi makan sikit je kadang-kadang roti je sekeping, atau nasi lemak yang harga RM2 yang sarapan punya, takpun makan bihun RM2.00 jugak sebab sikit je kuantitinya sarapan pagi. Tenghari makan roti bun je 2 biji...lama jugak makan bun je tengahari mau berbulan jugak rasanya. Malam jadi cef sendiri buat masakan sayur campur buah-buahan je....kadang-kadang tambah ayam dan sebagainya....kalau rasa lapar sangat sebelum tengah malam makan telur goreng 2 biji ataupun megi hehe....

Ada hasil tak?  Alhamdulillah turun juga beberapa kg tapi tak banyak , adalah dalam 3-5kg turun, lepas tu naik balik secepat kilat menyambar tiang letrik. Zupp dah boroi balik huhu...Kenapa jadi macam tu? Sebab tak ada asas yang betul dan cara pun main reka-reka sendiri je....konon-konon dah pandai sendiri kot ahaha.....

Sehinggalah akhirnya Allah swt memberikan jalan yang begitu mudah dan senang untuk mengatasi masalah ini. Melalui bantuan kakak saya Kak Ana yang memperkenalkan program diet tersebut. Sebelum ini dah banyak kali dia cakap tapi disebabkan tak tahu apa dan bagaimana serta tak pernah pulak dengar di mana-mana silibus masa belajar dan masa kerja maka buat layan tak layan sajalah. Sehingga lah kak Ana datang rumah dan tinggal di rumah saya beberapa bulan barulah saya mula memahami apakah rahsia cara pemakanan tersebut yang sebenarnya begitu senang , berkesan, terbukti berjaya dan telah membantu jutaan individu lain di luar Malaysia....dan puluhan ribu mungkin telah mencecah ratusan ribu juga individu yang telah berjaya "slim" di Malaysia sendiri.

MasyaAllah....sebelum ini saya pernah juga memikirkan adakah sebenarnya cara yang boleh menyebabkan badan kita membakar lemak sebagai sumber tenaga selain daripada berpuasa dan bersenam...fikir punya fikir tak jumpa juga kunci jawapannya Sebenarnya orang lain dah fikir dan jumpa kunci jawapannya sejak tahun 1950an lagi.....dan teori serta kaedah yang beliau itu fikirkan memang terbukti berkesan dari awal penemuan teori beliau diamalkan sehinggalah ke hari ini.

Bila bertemu sahaja jawapan tersebut maka secara tiba-tiba minda saya menjadi begitu lapang dan teruja....Allah swt maha kuasa. Luasnya gedung ilmu pengetahuan dan alangkah ceteknya pengetahuan saya ...

Seperti mana yang anda selalu dengar, RasulAllah SWT mengibaratkan ilmu di dunia ini hanyalah seperti anda mencelupkan jari ke dalam air laut dan air yang menitik dari hujung jari anda itulah ilmu yang Allah SWT turunkan untuk kehidupan manusia di dunia kita sekarang, manakala selebihnya selautan itu adalah Ilmu Allah swt yang tiada bertepi yang hanya Allah SWT yang tahu...Subhanallah.

Firman Alah SWT dalam Surah Al-Kahfi ayat 109 :





Belanja gambar sikit, gemuk sebelum kahwin, kurus selepas kahwin..

Gambar tunang, kahwin dan lepas dah kahwain.
Zaujah (isteri) memang genetik dia macam tu semua
adik-beradik dia slim, huhu....

- Dr.Izzi