Seperti insan lain yang tidak begitu mengambil berat tentang berat badan, saya juga pernah kurus sebelum ini. Waktu remaja dan awal dewasa 20an sehinggalah mencecah usia tamat pengajian di universiti pada umur 25. Masa tu berat maintain je antara 50-55kg. Sebelum tu masa sekolah menengah tingkatan 4 cikgu cakap "berat awak nie sama je dengan umpan nak pancing ikan jerung"...huhu kejamnya ayat itu...maksud cikgu tu adalah kurus sangat. (cikgu tu kaki pancing ada bot sendiri).
Mungkin kerana banyak tenaga dan aktiviti digunakan untuk belajar serta duit poket yang "ciput" (sikit sangat sampai nak makan pun kena catu) maka masa itu badan slim je.
Bayangkan makan apa yang ada sahaja dan kebanyakan masa makan megi je hahaha....manalah tak kurus...
Walaupun dalam kelas saya belajar juga tentang nutrisi dan pemakanan kerana silibus pengajian kami menekankan kepada makanan dan kesihatan (student sains pergigian USM).
Waktu saya di universiti dulu kelas kami bergabung di antara pelajar-pelajar perubatan dan pergigian maka semua silibus asas sains mereka kami juga belajar dan peperiksaan profesional mereka juga kami wajib ambil seperti Peperiksaan Profesional 1 (tahun 1), Peperiksaan Profesional 2 (untuk tahun 2 dan 3). Bezanya sewaktu tahun klinikal (tahun berdepan dengan pesakit yang real) barulah kami dipisahkan mengikut bidang masing-masing.
Asasnya semua kami belajar dari sel-sel sehinggalah kepada penyakit-penyakit , orang beranak pun kami belajar juga walaupun doktor gigi hehe...Pendek kata silibus nutrisi pun salah satu mata pelajaran wajib untuk saya pelajari. Ini adalah kerana pergigian amat berkait rapat dengan pemakanan dan nutrisi. Bayangkan anda takda gigi macam mana anda nak kunyah makanan anda kan? Kesimpulannya tak cukup gigi menyebabkan kekurangan nutrisi kerana banyak makanan anda terpaksa kata tak boleh kunyah ..
Dah berada di alam kerja, berat badan pun naik macam kena pum. Dari 2006 - 2012 saya mencapai berat paling tinggi 75kg ...bayangkan tinggi cuma 155cm je (kawan-kawan cakap tumbuh-tumbuhan renek), berat pulak 75kg....BMI dah lebih 25...tahap extra obese lah tu sebenarnya....staf-staf di klinik dulu panggil saya "Pinggu". Ingat tak kartun pinguin yang tak bercakap tu...
Sekali tengak macam sama kot huhu....
Dr.pakar (specialist) tempat saya kerja pun balik-balik cakap, taknak ikut dia pegi gym ke, nanti dia ajar cara-cara senaman....sebenarnya dia nak suruh kuruslah tu secara "indirectly nya"... akhirnya saya cuba untuk jaga makan, pagi makan sikit, tengahari makan sikit, malam makan sikit kadang-kadang tak makan. Pagi kadang-kadang makan kuih satu dua keping je, tghr makan nasi lemak yang beli pagi tadi bungkusan kecik (makanan breakfast biasanya kecik2 je), malam pula kadang2 makan buah je biasanya pisanglah sebab murah kalau di Kota Kinabalu Sabah...Kadang-kadang makan roti je sekeping dua...
Cuba anda teka adakah saya berjaya kurus dengan cara itu? Iya sikit sangat 1-2 kg je lah turun . Selebihnya tambah balik dalam 2-3kg time klinik buat jamuan (klinik kerap sangat buat jamuan memang best). Tak sah kalau masa jamuan kalau tak makan 2 round.
Apa yang tak bestnya kalau berat badan melebihi had nie sebenarnya banyak sangat (lebih muatan) :
1. Kaki lebih-lebih lagi tumit kaki selalu sakit kalau berdiri lama lebih 2 jam. Masalahnya di tempat kerja saya kena berdiri lama...mungkin dari jam 8 berdiri sampai jam 12tghr...dpt duduk pun sekejap2 je lah...tghr rehat kejap pastu berdiri lagi jam 2ptg sampai jam 5pm sebelum balik...dah sampai rumah kenalah duduk lama-lama baru lah rasa sakit tumit tu kurang kena urut-urut je sikit. Kalau hari masuk Operation Theater (O.T) memang lagi sakit tumit sebab lagi lama kena berdiri. Untuk pengetahuan anda amat jarang proses pembedahan dr.bedah duduk...ramai berdiri je, dan lama plak tu....kadang2 lebih 4-5jam.
2. Seluar ketat pastu nak kena guna tali sebab takut butang seluar tercabut....Sepanjang tahun ada je lubang baru kena tebuk di tali pinggang, seolah-olah takda kesudahan fuh...bila dah balik rumah buka seluar, pinggang dah berbekas merah kesan tali pinggang ketat tu...kadang-kadang gatal-gatal plak sebab berpeluh.
3. Cepat rasa penat. Lebih-lebih lagi kalau kena naik-turn tangga, lutut ada je bunyi-bunyian yang tak disenangi walaupun belum lagi mencapai tahap sakit lutut.
4. Badan sentiasa rasa panas dan cepat panas. Kalau tak kena aircond atau kipas mesti baju dah basah habis di belakang. Asal masuk bilik je kipas no 5. Tak kena kipas je dah mula rasa gelisah. Mungkin lemak tebal sangat sebab itulah badan cepat panas. Lemak adalah penebat haba yang bagus. Maksudnya badan terlebih haba. Lepas tu mandi amat kerap , saya rasa saya memang kaki mandi, sehari mau lebih 3-5 kali mandi , maybe sebab panas dalaman kot.
5. Kadang-kadang kalau nak berjalan-jalan di luar rumah pergi "windows shopping" atau saja jalan-jalan, masa nak berjalan tu kena sentiasa tahan nafas takut nanti perut terboncol keluar. Kesannya nak bernafas rasa tak cukup je selalu tapi terpaksa tahan juga kononnya takut orang nampak boroi, tapi memang hakikatnya dah boroi sangat pun masa tu.
6. dan lain-lain yang anda akan rasa kalau anda pun gemuk atau obes..
Ok lah....nanti bersambung selepas ini.....jangan ke mana-mana kecuali ke surau atau masjid sekian...wassalam ..
- Dr.Izzi
No comments:
Post a Comment